Sunday, 9 March 2014

hentikan spekulasi berkaitan MH370 .. PRAY 4 MH370 ..



Boieng 777-200 atau lebih dikenali dengan MH370 yang dimiliki oleh MALAYSIA AIRLINES  sekarang sudah jadi bualan “hangat” di seluruh MALAYSIA bahkan setiap pelusuk dunia dengan menjadikan perkara ini sebagai penghias dan perbincangan utama dalam apa jua media massa ... tak lupa juga banyak antara kita rakyat malaysia yang mengemaskini laman sosial mereka tentang perkara ini... yang melahirkan rasa simpati dan sedih atas kejadian kehilangan kapal terbang syarikat pernerbangan Malaysia Airlines(MAS) yang membawa 239 orang(penumpang termasuk anak kapal) yang masih lagi belum diketahui  ..

Banyak spekulasi atau “fakta sendiri” telah dikeluarkan oleh pihak2 dan orang yang tidak bertanggungjwab , sejak “terkeluarnya” berita mengenai kehilangan MH370 ini  ... hal ini sedikit sebanyak sebenarnya telah menggangu proses kelancaran terutama dalam penyampaian fakta dan berita yang terbaru oleh pihak yang bertanggungjawab seperti Kementerian Pengangkutan , DCA mahupun dari pihak Tentera ..

Laman sosial memang amat berguna dalam mendapatkan dan menyampiakan maklumat ... tapi kita sebagai pengguna laman sosial kenalah tahu adakah maklumat yang kita dapat itu diperoleh dari sumber yang sahih atau tidak ... jangan la kita sewenang-wenangnya berkongsi maklumat yang kita dapat sebelum kita mengesahkan akan kesahihan sumber itu , kerana kita kena menjaga “sensitivity” keluarga mangsa pada masa sekarang ... 

Medium penyampaian maklumat terkini mengenai kehilangan kapal terbang MH370 seperti “press conference” telahpun ada sejak kehilangan ini berlaku .. adalah lebih baik sekiranya kita menunggu PC ini saja untuk mengetahui maklumat dan penemuan yang terbaru mengenai misteri kehilangan MH370 dari pihak yang berwajib ...


#Hopefully some miracle will happen .. inysaALLAH .. letz pray d bes 4 passengers in MH370

No comments:

Post a Comment