Monday, 31 March 2014

April Fool's Day ... b0leHKah SamBut ??


“April Fool” adalah hari dimana yang diketahui oleh ramai bahawa ianya hari untuk “prank” kawan2 .. hari dimana kita rancang untuk mengenakan atau menipu orang ...memang tak disangkal yang benda “menipu” ni seronok .. tapi persoalannya .. apakah boleh kita meraikan atau membuat penipuan / “prank” kepada orang lain pada tanggal 1 April yakni hari yang dikenali dengan nama “April Fool” ni ??

Apa kena megena sambut “April Fool” dengan ISLAM ???

Sebenarnya , April Fool adalah hari dimana untuk merayakan dan mengingati hari dimana tentera salib telah membunuh ribuan umat ISLAM sepanyol dengan tipu daya .. perkara memilukan ini terjadi pada tahun 1487 M bertepatan pada tanggal 1 April , atau 892 H ..

Setelah pembebasan pada abad ke-8 oleh Panglima Thariq bin Ziyad , sepanyol beransur menjadi sebuah Negara yang makmur .. Pembebasan oleh Panglima Thariq juga diteruskan ke Perancis selantan seperti Kota Carcassone , Nimes , Bordeaux,Lyon,Poitou,Tours,dan sebagainya...

Disebabkan sikap pasukan Pembebasan atau penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati .. banyak antara orang-orang sepanyol yang kemudiannya telah memeluk Islam .. mereka bukan sahaja menjadi Muslim , tapi bersungguh-sungguh untuk mempraktikkan ISLAM itu sendiri dalam kehidupan .. mereka membaca Al-Quran , malahan , meninggalkan muzik, minum minuman keras , berzina dan segala yang bercanggah dengan ajaran Islam .. dan ianya berterusan selama enam abad ..

Dalam masa tempoh itu , kaum kafir yang masih ada di sepanyol, dengan tanpa rasa putus asa , terus mencari jalan dan cara untuk membersihkan Islam dari Sepanyol .. kaum kafir juga menghantar sejumlah perisik untuk mencari kelemahan umat Islam sepanyol dan mereka menemui jalannya .. iaitu dengan melemahkan iman melalui serangan pemikiran dan budaya .. secara berdiam , Alkohol dan rokok dikirimkan ke dalam wilayah sepanyol .. muzik diperdengarkan untuk melalaikan terutama orang muda supaya mereka lebih suka akan nyanyia dan menari dari membaca Al-Quran .. kaum kafir juga menghantar sejumlah Ulama palsu untuk memecah dan memesongkan orang Islam sepanyol... dan seterusnya , ia menjadi ... akhirnya sepanyol dikuasai oleh pasukan salib .. penguasaan kembali itu di buat tanpa belas kasihan .. mereka bukan sahaja membunuh pasukan Islam yang dahulunya menakluk sepanyol ... malah penduduk awan , anak kecil, wanita dan orang tua .. penguasaan itu diteruskan sehingga tingal satu daerah iaitu GRANADA ..

Penduduk Islam disitu terpaksa berlindung di dalam rumah untuk meyelamatkan diri walaupun terdapat ramai yang telah dibunuh.. disebabkan ramai orang Islam yang berlindung di dalam rumah , tentera salib  telah keluar dengan satu rancangan penipuan besar-besaran memperdaya orang Islam ..

Tentera salib telah manawarkan kepada kaum muslim disitu dengan membenarkan kaum muslim Granada keluar dari rumah dengan aman dan belayar keluar dari sepanyol dengan membawa keperluan mereka menaiki kapal-kapal penumpang yang sudah disiapkan di pelabuhan .. disebabkan ada yang tak percaya .. kaum muslim Granada dibenarkan untuk melihat sendiri kapal yang dikatankan itu dan ternyata benar .. lalu , mereka pon balik dan mengemas barang untuk belayar ..

Pada keesokannya , ribuan kaum muslim Granada keluar untuk belayar keluar dari sepanyol ...  tetapi , masih ada kaum muslim Granada yang tidak percaya tetap berlindung di dalam rumah .. tentera salib mengambil kesempatan itu untuk mengeledah rumah2 dan seterusnya membakar rumah kaum muslim Granada 
bersama-sama orang-orang Islam yang masih tetap bertahan di rumah mereka ..

Dalam masa yang sama , ketika tibanya kaum muslim yang hendak belayar keluar tiba di pelabuhan .. mereka dapati kapal2 yang dijanjikan untuk membawa keluar mereka telah di bakar oleh tentera salib .. kebanyakan dari kaum muslim itu adalah wanita dan kanak2 .. mereka juga tidak bersenjata ..dengan mudah telah dikepung dan dengan arahan pemimpin tentera salib .. tanpa belas kasihan , seluruh kaum muslim dibunuh oleh “hunusan” pedang ..




Ini lah kenapa diraikan dan disambut tanggal 1 April .. untuk memperingati hari kemenangan keatas ribuan umat islam sepanyol ... hari dimana disuruh untuk melakukan penipuan ..

Rasulullah SAW bersabda : “Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu , tidak menepati janji , dan tidak menunaikan amanah. (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manudia. Baginda SAW bersabda : “Kecelakaan ke atas sesiapa dengan tujuan menghiburkan manusia,kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” (HR Abu Daud, At-Tirmizi, dan An-Nasai’e)


#Budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang mnuntut umat Islam sentiasa bersifat “JUJUR”..

No comments:

Post a Comment