AINUL MARDIAH ...
siapakah gerangan empunya nama ini ?? errmmm... meyh baca sampai abis
meyh..hehehe... “AINUL MARDIAH” yang bermaksud “MATA YANG DIREDHAI” ..sedapkan
nama tu .. saya sebelum up entry ni , x kenal pun siapa tu “Ainul Mardiah” ..
tapi lepas dengar lagu kumpulan UNIC yang bertajuk Ainul Mardiah laa mula saya
cari pasal empunya nama ini ..
persoalannya , SIAPAKAH AINUL MARDIAH ?? hehehe...
“Ainul Mardiah”
merupakan salah seorang bidadari SYURGA yang “sangat” cantik berbanding dengan
bidadari-bidadari yang lain .. Cantiknya Ainul Mardiah , hanya ALLAH yang tahu
...
Kisah Ainul Mardiah ...................
“Ainul Mardiah (mata
yang di redhai) adalah seorang bidadari yang paling cantik dikalangan
bidadari-bidadari yang lain ... Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika
Rasulullah S.A.W memberi “targhib” (berita-berita semangat di kalangan sahabat
untuk berjihad atau berdakwah ke jalan ALLAH) . Kata Baginda S.A.W. , sesiapa
yang keluar di jalan ALLAH tiba-tiba ia “syahid” , maka dia akan dianugerahkan
seorang bidadari yang cantik dalam kalangan bidadari syurga ... Ada bidadari
yang bernama “Ainul Mardiah” sedang menunggu seorang kekasih yang berjihad di
jalan ALLAH ...
Mendengarkan berita
tersebut , seorang lelaki yang masih muda hendak mengetahui bagaimana cantiknya
bidadari yang dimaksudkan baginda .. tetapi , disebabkan malu dengan Nabi
Muhammad dan para sahabat yang lain , beliau menyembunyikan hasratnya ..
Sunnah Rasulullah ,
tidur sebelum zohor dipangil “Qailullah” .. lelaki muda tadi pun tidur berjemaah
bersama-sama dengan para sahabat yang lain ... Tiba-tiba dalam tidur pemuda
tersebut , beliau telah bermimpi bahawa beliau telah pergi ke suatu tempat yang
sangat indah ... Beliau bermimpi bertemu dengan seseorang yang sangat indah ,
bersih pakaiannya , muka berseri-seri .. Pemuda itu kemudiannya bertanya kepada
wanita tersebut dimanakah beliau berada ?? wanita tersebut berkata , bahawa
pemuda tadi telah berada di dalam syurga ...
Lalu sahabat
tersebut pun menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan “Ainul Mardiah” ..
Bidadari tersebut menunjukkan ke satu arah , maka berjalanlah sahabat itu ke
pepohon dan melihat seorang wanita cantik yang tidak pernah beliau lihat akan
kecantikan seperti itu di dunia sebelum ini ... Pemuda tersebut member salam
kepada wanita itu dan bertanya , adakah wanita tersebut “Ainul Mardiah” ??
Wanita tersebut berkata “TIDAK” ... Beliau bukan “Ainul Mardiah” yang
dimaksudkan oleh pemuda itu .. Beliau hanya penjaga “Ainul Mardiah” .. Ainul Mardiah ada di dalam singgahsana sana
...
Lalu pemuda tersebut
masuk ke dalam mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita
yang kecantikannya berganda-ganda berbanding wanita yang dilihatnya yang
pertama dan sebelumnya tadi ... Sahabat tersebut memberi salam kepada wanita
tersebut dan bertanya , adakah beliau “Ainul Mardiah” yang dicarinya ?? Jawab
wanita itu , tidak ... Beliau penjaga didalam mahligai itu .. Ainul Maridah
berada di atas mahligai sana ...
Tanpa kenal erti
putus asa dan penat , sahabat tersebut menaiki tangga mahligai permata tersebut
.. kecantikannya sungguh mengagumkan .. Beliau Nampak seorang bidadari yang
sangat cantik berbanding yang pertama , kedua dan yang sebelumnya ..
Kecantikannya tidak pernah dilihat di dalam dunia ini ... Wanita tersebut
berkata , “aku ialah “AINUL MARDIAH” , aku diciptakan untuk kamu dan kamu telah
diciptakan untuk aku” ... Sahabat berkenaan pun mendekati bidadari yang telah
beliau temukan ... Namun , ‘Ainul Mardiah’ berkata “nanti .. kamu belum
‘syahid’ lagi ..
Mendengarkan akan
kata-kata itu , sahabat itu terjaga dari tidurnya .. Beliau pun menceritakan
kisah tersebut kepada para sahabat yang lain .. Namun begitu , beliau berpesan
agar ceritanya itu , tidak diceritakan kepada Rasulullah sehingga beliau
‘syahid’ ..
Petang itu , mereka
pergi berperang dan dengan izin ALLAH , pemuda itu ‘syahid’ ... Semasa hendak
berbuka puasa , sahabat yang mendengar cerita yang diceritakan pemuda yang
‘syahid’ itu menceritakan kisah tersebut kepada Rasulullah S.A.W .. sepanjang
cerita tersebut , Rasulullah SAW berkata “benar, benar, benar” .. Baginda SAW
juga berkata bahawa pemuda yang ‘syahid’
tadi telahpun berada di ‘SYURGA’ dan menunggu waktu berbuka puasa di syurga...
Bidadari adalah
ganjaran bagi seorang lelaki di syurga kelak ... nak berapa ramai bidadari pun
boleh .. mau pula semua bidadari tu cantik ya amat , hanya ALLAH yang taw ..
kalah semua wanita ‘cantik’ kat dunia ni ... wahai LELAKI ?? xnak ka dapat
peneman yang cantik-cantik di SYURGA nanti ?? jom berjihad ke jalan ALLAH ..
FISABILILLAH
https://www.youtube.com/watch?v=UkNuW4B_ODg
ReplyDelete