Monday, 31 March 2014

April Fool's Day ... b0leHKah SamBut ??


“April Fool” adalah hari dimana yang diketahui oleh ramai bahawa ianya hari untuk “prank” kawan2 .. hari dimana kita rancang untuk mengenakan atau menipu orang ...memang tak disangkal yang benda “menipu” ni seronok .. tapi persoalannya .. apakah boleh kita meraikan atau membuat penipuan / “prank” kepada orang lain pada tanggal 1 April yakni hari yang dikenali dengan nama “April Fool” ni ??

Apa kena megena sambut “April Fool” dengan ISLAM ???

Sebenarnya , April Fool adalah hari dimana untuk merayakan dan mengingati hari dimana tentera salib telah membunuh ribuan umat ISLAM sepanyol dengan tipu daya .. perkara memilukan ini terjadi pada tahun 1487 M bertepatan pada tanggal 1 April , atau 892 H ..

Setelah pembebasan pada abad ke-8 oleh Panglima Thariq bin Ziyad , sepanyol beransur menjadi sebuah Negara yang makmur .. Pembebasan oleh Panglima Thariq juga diteruskan ke Perancis selantan seperti Kota Carcassone , Nimes , Bordeaux,Lyon,Poitou,Tours,dan sebagainya...

Disebabkan sikap pasukan Pembebasan atau penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati .. banyak antara orang-orang sepanyol yang kemudiannya telah memeluk Islam .. mereka bukan sahaja menjadi Muslim , tapi bersungguh-sungguh untuk mempraktikkan ISLAM itu sendiri dalam kehidupan .. mereka membaca Al-Quran , malahan , meninggalkan muzik, minum minuman keras , berzina dan segala yang bercanggah dengan ajaran Islam .. dan ianya berterusan selama enam abad ..

Dalam masa tempoh itu , kaum kafir yang masih ada di sepanyol, dengan tanpa rasa putus asa , terus mencari jalan dan cara untuk membersihkan Islam dari Sepanyol .. kaum kafir juga menghantar sejumlah perisik untuk mencari kelemahan umat Islam sepanyol dan mereka menemui jalannya .. iaitu dengan melemahkan iman melalui serangan pemikiran dan budaya .. secara berdiam , Alkohol dan rokok dikirimkan ke dalam wilayah sepanyol .. muzik diperdengarkan untuk melalaikan terutama orang muda supaya mereka lebih suka akan nyanyia dan menari dari membaca Al-Quran .. kaum kafir juga menghantar sejumlah Ulama palsu untuk memecah dan memesongkan orang Islam sepanyol... dan seterusnya , ia menjadi ... akhirnya sepanyol dikuasai oleh pasukan salib .. penguasaan kembali itu di buat tanpa belas kasihan .. mereka bukan sahaja membunuh pasukan Islam yang dahulunya menakluk sepanyol ... malah penduduk awan , anak kecil, wanita dan orang tua .. penguasaan itu diteruskan sehingga tingal satu daerah iaitu GRANADA ..

Penduduk Islam disitu terpaksa berlindung di dalam rumah untuk meyelamatkan diri walaupun terdapat ramai yang telah dibunuh.. disebabkan ramai orang Islam yang berlindung di dalam rumah , tentera salib  telah keluar dengan satu rancangan penipuan besar-besaran memperdaya orang Islam ..

Tentera salib telah manawarkan kepada kaum muslim disitu dengan membenarkan kaum muslim Granada keluar dari rumah dengan aman dan belayar keluar dari sepanyol dengan membawa keperluan mereka menaiki kapal-kapal penumpang yang sudah disiapkan di pelabuhan .. disebabkan ada yang tak percaya .. kaum muslim Granada dibenarkan untuk melihat sendiri kapal yang dikatankan itu dan ternyata benar .. lalu , mereka pon balik dan mengemas barang untuk belayar ..

Pada keesokannya , ribuan kaum muslim Granada keluar untuk belayar keluar dari sepanyol ...  tetapi , masih ada kaum muslim Granada yang tidak percaya tetap berlindung di dalam rumah .. tentera salib mengambil kesempatan itu untuk mengeledah rumah2 dan seterusnya membakar rumah kaum muslim Granada 
bersama-sama orang-orang Islam yang masih tetap bertahan di rumah mereka ..

Dalam masa yang sama , ketika tibanya kaum muslim yang hendak belayar keluar tiba di pelabuhan .. mereka dapati kapal2 yang dijanjikan untuk membawa keluar mereka telah di bakar oleh tentera salib .. kebanyakan dari kaum muslim itu adalah wanita dan kanak2 .. mereka juga tidak bersenjata ..dengan mudah telah dikepung dan dengan arahan pemimpin tentera salib .. tanpa belas kasihan , seluruh kaum muslim dibunuh oleh “hunusan” pedang ..




Ini lah kenapa diraikan dan disambut tanggal 1 April .. untuk memperingati hari kemenangan keatas ribuan umat islam sepanyol ... hari dimana disuruh untuk melakukan penipuan ..

Rasulullah SAW bersabda : “Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu , tidak menepati janji , dan tidak menunaikan amanah. (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manudia. Baginda SAW bersabda : “Kecelakaan ke atas sesiapa dengan tujuan menghiburkan manusia,kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” (HR Abu Daud, At-Tirmizi, dan An-Nasai’e)


#Budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang mnuntut umat Islam sentiasa bersifat “JUJUR”..

Friday, 28 March 2014

Ainul Mardiah , biDadArI SyuRgA ....



AINUL MARDIAH ... siapakah gerangan empunya nama ini ?? errmmm... meyh baca sampai abis meyh..hehehe... “AINUL MARDIAH” yang bermaksud “MATA YANG DIREDHAI” ..sedapkan nama tu .. saya sebelum up entry ni , x kenal pun siapa tu “Ainul Mardiah” .. tapi lepas dengar lagu kumpulan UNIC yang bertajuk Ainul Mardiah laa mula saya cari pasal empunya nama ini ..  persoalannya , SIAPAKAH AINUL MARDIAH ?? hehehe...

“Ainul Mardiah” merupakan salah seorang bidadari SYURGA yang “sangat” cantik berbanding dengan bidadari-bidadari yang lain .. Cantiknya Ainul Mardiah , hanya ALLAH yang tahu ...

Kisah Ainul Mardiah ...................

“Ainul Mardiah (mata yang di redhai) adalah seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain ... Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika Rasulullah S.A.W memberi “targhib” (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad atau berdakwah ke jalan ALLAH) . Kata Baginda S.A.W. , sesiapa yang keluar di jalan ALLAH tiba-tiba ia “syahid” , maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang cantik dalam kalangan bidadari syurga ... Ada bidadari yang bernama “Ainul Mardiah” sedang menunggu seorang kekasih yang berjihad di jalan ALLAH ...



Mendengarkan berita tersebut , seorang lelaki yang masih muda hendak mengetahui bagaimana cantiknya bidadari yang dimaksudkan baginda .. tetapi , disebabkan malu dengan Nabi Muhammad dan para sahabat yang lain , beliau menyembunyikan hasratnya ..

Sunnah Rasulullah , tidur sebelum zohor dipangil “Qailullah” .. lelaki muda tadi pun tidur berjemaah bersama-sama dengan para sahabat yang lain ... Tiba-tiba dalam tidur pemuda tersebut , beliau telah bermimpi bahawa beliau telah pergi ke suatu tempat yang sangat indah ... Beliau bermimpi bertemu dengan seseorang yang sangat indah , bersih pakaiannya , muka berseri-seri .. Pemuda itu kemudiannya bertanya kepada wanita tersebut dimanakah beliau berada ?? wanita tersebut berkata , bahawa pemuda tadi telah berada di dalam syurga ...

Lalu sahabat tersebut pun menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan “Ainul Mardiah” .. Bidadari tersebut menunjukkan ke satu arah , maka berjalanlah sahabat itu ke pepohon dan melihat seorang wanita cantik yang tidak pernah beliau lihat akan kecantikan seperti itu di dunia sebelum ini ... Pemuda tersebut member salam kepada wanita itu dan bertanya , adakah wanita tersebut “Ainul Mardiah” ?? Wanita tersebut berkata “TIDAK” ... Beliau bukan “Ainul Mardiah” yang dimaksudkan oleh pemuda itu .. Beliau hanya penjaga “Ainul Mardiah”  .. Ainul Mardiah ada di dalam singgahsana sana ...

Lalu pemuda tersebut masuk ke dalam mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda berbanding wanita yang dilihatnya yang pertama dan sebelumnya tadi ... Sahabat tersebut memberi salam kepada wanita tersebut dan bertanya , adakah beliau “Ainul Mardiah” yang dicarinya ?? Jawab wanita itu , tidak ... Beliau penjaga didalam mahligai itu .. Ainul Maridah berada di atas mahligai sana ...

Tanpa kenal erti putus asa dan penat , sahabat tersebut menaiki tangga mahligai permata tersebut .. kecantikannya sungguh mengagumkan .. Beliau Nampak seorang bidadari yang sangat cantik berbanding yang pertama , kedua dan yang sebelumnya .. Kecantikannya tidak pernah dilihat di dalam dunia ini ... Wanita tersebut berkata , “aku ialah “AINUL MARDIAH” , aku diciptakan untuk kamu dan kamu telah diciptakan untuk aku” ... Sahabat berkenaan pun mendekati bidadari yang telah beliau temukan ... Namun , ‘Ainul Mardiah’ berkata “nanti .. kamu belum ‘syahid’ lagi ..

Mendengarkan akan kata-kata itu , sahabat itu terjaga dari tidurnya .. Beliau pun menceritakan kisah tersebut kepada para sahabat yang lain .. Namun begitu , beliau berpesan agar ceritanya itu , tidak diceritakan kepada Rasulullah sehingga beliau ‘syahid’ ..

Petang itu , mereka pergi berperang dan dengan izin ALLAH , pemuda itu ‘syahid’ ... Semasa hendak berbuka puasa , sahabat yang mendengar cerita yang diceritakan pemuda yang ‘syahid’ itu menceritakan kisah tersebut kepada Rasulullah S.A.W .. sepanjang cerita tersebut , Rasulullah SAW berkata “benar, benar, benar” .. Baginda SAW juga berkata  bahawa pemuda yang ‘syahid’ tadi telahpun berada di ‘SYURGA’ dan menunggu waktu berbuka puasa di syurga...


Bidadari adalah ganjaran bagi seorang lelaki di syurga kelak ... nak berapa ramai bidadari pun boleh .. mau pula semua bidadari tu cantik ya amat , hanya ALLAH yang taw .. kalah semua wanita ‘cantik’ kat dunia ni ... wahai LELAKI ?? xnak ka dapat peneman yang cantik-cantik di SYURGA nanti ?? jom berjihad ke jalan ALLAH .. FISABILILLAH  

Sunday, 9 March 2014

hentikan spekulasi berkaitan MH370 .. PRAY 4 MH370 ..



Boieng 777-200 atau lebih dikenali dengan MH370 yang dimiliki oleh MALAYSIA AIRLINES  sekarang sudah jadi bualan “hangat” di seluruh MALAYSIA bahkan setiap pelusuk dunia dengan menjadikan perkara ini sebagai penghias dan perbincangan utama dalam apa jua media massa ... tak lupa juga banyak antara kita rakyat malaysia yang mengemaskini laman sosial mereka tentang perkara ini... yang melahirkan rasa simpati dan sedih atas kejadian kehilangan kapal terbang syarikat pernerbangan Malaysia Airlines(MAS) yang membawa 239 orang(penumpang termasuk anak kapal) yang masih lagi belum diketahui  ..

Banyak spekulasi atau “fakta sendiri” telah dikeluarkan oleh pihak2 dan orang yang tidak bertanggungjwab , sejak “terkeluarnya” berita mengenai kehilangan MH370 ini  ... hal ini sedikit sebanyak sebenarnya telah menggangu proses kelancaran terutama dalam penyampaian fakta dan berita yang terbaru oleh pihak yang bertanggungjawab seperti Kementerian Pengangkutan , DCA mahupun dari pihak Tentera ..

Laman sosial memang amat berguna dalam mendapatkan dan menyampiakan maklumat ... tapi kita sebagai pengguna laman sosial kenalah tahu adakah maklumat yang kita dapat itu diperoleh dari sumber yang sahih atau tidak ... jangan la kita sewenang-wenangnya berkongsi maklumat yang kita dapat sebelum kita mengesahkan akan kesahihan sumber itu , kerana kita kena menjaga “sensitivity” keluarga mangsa pada masa sekarang ... 

Medium penyampaian maklumat terkini mengenai kehilangan kapal terbang MH370 seperti “press conference” telahpun ada sejak kehilangan ini berlaku .. adalah lebih baik sekiranya kita menunggu PC ini saja untuk mengetahui maklumat dan penemuan yang terbaru mengenai misteri kehilangan MH370 dari pihak yang berwajib ...


#Hopefully some miracle will happen .. inysaALLAH .. letz pray d bes 4 passengers in MH370