Sunday, 27 July 2014

UCapaN haRi raYa

Ucapan rya buatan sndri...hehe

BERGURAU SENDA GELAK KETAWA,
BERMASAM MUKA PERKARA BIASA,
ANDAI DIRI INI ADA MENGGURIS HATI SAMPAI TERLUKA,
SAYA MUHAMMAD SYAFIQ BIN SHABRI KEMAAFAN DIPINTA...



*Copyright © MUHAMMAD SYAFIQ SHABRI All Rights Reserved

Thursday, 24 April 2014

sIngLe .. CouPle ?? seTiaP WanitA suDaH dicaBUli ...


Errrmmm...semua orang/remaja sekarang menginginkan sangat untuk berpasangan atau budak-budak sekarang panggil “couple”..(mgada2 btoi nk ckp omputih gak bdk skunk ni..org dlu2 pngil “kawan” ja )hehe...memang la “couple” ni best...sebab da someone yang boleh jaga kita...boleh dengar keluh kesah kita...nak layan manja kita...n macam-macam lagi laa...n kadang2 melebihi suami isteri pula...hehe

Ada yang mengeluh sebab semua kawan-kawan dia dah mempunyai pasangan...tapi dia sorang ja tak ada...( jealous la 2)hahah...penah tak orang yang tak penah “couple” ni fikir, kenapa dia tak penah boleh “couple” macam kawan-kawan dia yang lain ? yang boleh tukar pasangan macam tukar baju...penah tak terfikir??

Sebenarnya, kita tak dapat ber”couple” macam kawan2 kita yang lain bukan apa...bab ALLAH sayangkan kita .. ALLAH nak lindung kita dari berbuat perkara-perkara yang dilarangNYA...DIA tak nak dedahkan kita kepada kemungkaran n kemaksiatan...lihat betapa beruntungnya orang yang tak ber”couple” ni...betapa sayangnya ALLAH kat kita...
Banyak juga orang yang “couple” ni bila ditegur mengatakan bila “couple” ni...kamu kan terdedah kepada ZINA .. tapi mereka menidakkannya ...(bkan kta yg x couple ni xtededah ok..tededah gak, cma TAK terlalu terdedah) haha...ingat, ZINA ni bukan la hanya bermaksud melakukan persetubuhan sahaja...itu diketogorikan dalam ZINA besar... tapi tahukah kita mengenai ZINA KECIL?? Apa tu ZINA KECIL??

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. ,Nabi MUHAMMAD S.A.W bersabda :

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukan zina. Dua mata , zinanya memandang . Dua telinga , zinanya mendengar . Lidah , zinanya berkata(cakap) . tangan , zinanya memegang . Kaki , zinanya melangkah . Hati , zinanya ingin , rindu dan membayangkan , sedangkan faraj(kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”

Sudah jelas dalam hadis ini menyatakan bahawa semua orang adalah tidak mustahil untuk melakukan ZINA ... ZINA2 kecil ni la yang akan “lead” kita terutama yang “couple” ni untuk melakukan ZINA besar..yakni persetubuhan/seks....



Perempuan sekarang kebanyakkan “telah dicabuli” oleh ‘mata-mata’ seorang yang bernama lelaki ... oleh sebab tidak mengambil berat mengenai AURAT .. adakah begitu MURAHnya maruah anda yang dipangil WANITA/PEREMPUAN ?? yang xda maruah tu BETINA , bkn perempuan ..hehe.. (trasa??kena kt ang..huhu..maaf klu trasa)

Melalui mata ni la yg akan memulakan segalanya ... wahai perempuan.. anda itu INDAH..anda itu CANTIK..anda itu COMEL...jaga la aurat..jaga la maruah anda terutama sekiranya anda sedang “couple”.. jangan BURUK dan CEMARKAN keindahan,kecantikan anda dengan penzina2 kecil ini ...


maksud ayat diatas :-

“dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat(yang membawa kerosakan)”

“couple” tu tak salah selagi kita menjaga batas2 pergaulan yang telah ditetapkan oleh syarak..sekiranya takut terjerumus ke lembah ZINA .. baik jangan nak ber”couple” ...biaQ “single” sehingga sampai jodoh .. berkenan terus kahwin... Assalamu’alaikum..

Monday, 31 March 2014

April Fool's Day ... b0leHKah SamBut ??


“April Fool” adalah hari dimana yang diketahui oleh ramai bahawa ianya hari untuk “prank” kawan2 .. hari dimana kita rancang untuk mengenakan atau menipu orang ...memang tak disangkal yang benda “menipu” ni seronok .. tapi persoalannya .. apakah boleh kita meraikan atau membuat penipuan / “prank” kepada orang lain pada tanggal 1 April yakni hari yang dikenali dengan nama “April Fool” ni ??

Apa kena megena sambut “April Fool” dengan ISLAM ???

Sebenarnya , April Fool adalah hari dimana untuk merayakan dan mengingati hari dimana tentera salib telah membunuh ribuan umat ISLAM sepanyol dengan tipu daya .. perkara memilukan ini terjadi pada tahun 1487 M bertepatan pada tanggal 1 April , atau 892 H ..

Setelah pembebasan pada abad ke-8 oleh Panglima Thariq bin Ziyad , sepanyol beransur menjadi sebuah Negara yang makmur .. Pembebasan oleh Panglima Thariq juga diteruskan ke Perancis selantan seperti Kota Carcassone , Nimes , Bordeaux,Lyon,Poitou,Tours,dan sebagainya...

Disebabkan sikap pasukan Pembebasan atau penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati .. banyak antara orang-orang sepanyol yang kemudiannya telah memeluk Islam .. mereka bukan sahaja menjadi Muslim , tapi bersungguh-sungguh untuk mempraktikkan ISLAM itu sendiri dalam kehidupan .. mereka membaca Al-Quran , malahan , meninggalkan muzik, minum minuman keras , berzina dan segala yang bercanggah dengan ajaran Islam .. dan ianya berterusan selama enam abad ..

Dalam masa tempoh itu , kaum kafir yang masih ada di sepanyol, dengan tanpa rasa putus asa , terus mencari jalan dan cara untuk membersihkan Islam dari Sepanyol .. kaum kafir juga menghantar sejumlah perisik untuk mencari kelemahan umat Islam sepanyol dan mereka menemui jalannya .. iaitu dengan melemahkan iman melalui serangan pemikiran dan budaya .. secara berdiam , Alkohol dan rokok dikirimkan ke dalam wilayah sepanyol .. muzik diperdengarkan untuk melalaikan terutama orang muda supaya mereka lebih suka akan nyanyia dan menari dari membaca Al-Quran .. kaum kafir juga menghantar sejumlah Ulama palsu untuk memecah dan memesongkan orang Islam sepanyol... dan seterusnya , ia menjadi ... akhirnya sepanyol dikuasai oleh pasukan salib .. penguasaan kembali itu di buat tanpa belas kasihan .. mereka bukan sahaja membunuh pasukan Islam yang dahulunya menakluk sepanyol ... malah penduduk awan , anak kecil, wanita dan orang tua .. penguasaan itu diteruskan sehingga tingal satu daerah iaitu GRANADA ..

Penduduk Islam disitu terpaksa berlindung di dalam rumah untuk meyelamatkan diri walaupun terdapat ramai yang telah dibunuh.. disebabkan ramai orang Islam yang berlindung di dalam rumah , tentera salib  telah keluar dengan satu rancangan penipuan besar-besaran memperdaya orang Islam ..

Tentera salib telah manawarkan kepada kaum muslim disitu dengan membenarkan kaum muslim Granada keluar dari rumah dengan aman dan belayar keluar dari sepanyol dengan membawa keperluan mereka menaiki kapal-kapal penumpang yang sudah disiapkan di pelabuhan .. disebabkan ada yang tak percaya .. kaum muslim Granada dibenarkan untuk melihat sendiri kapal yang dikatankan itu dan ternyata benar .. lalu , mereka pon balik dan mengemas barang untuk belayar ..

Pada keesokannya , ribuan kaum muslim Granada keluar untuk belayar keluar dari sepanyol ...  tetapi , masih ada kaum muslim Granada yang tidak percaya tetap berlindung di dalam rumah .. tentera salib mengambil kesempatan itu untuk mengeledah rumah2 dan seterusnya membakar rumah kaum muslim Granada 
bersama-sama orang-orang Islam yang masih tetap bertahan di rumah mereka ..

Dalam masa yang sama , ketika tibanya kaum muslim yang hendak belayar keluar tiba di pelabuhan .. mereka dapati kapal2 yang dijanjikan untuk membawa keluar mereka telah di bakar oleh tentera salib .. kebanyakan dari kaum muslim itu adalah wanita dan kanak2 .. mereka juga tidak bersenjata ..dengan mudah telah dikepung dan dengan arahan pemimpin tentera salib .. tanpa belas kasihan , seluruh kaum muslim dibunuh oleh “hunusan” pedang ..




Ini lah kenapa diraikan dan disambut tanggal 1 April .. untuk memperingati hari kemenangan keatas ribuan umat islam sepanyol ... hari dimana disuruh untuk melakukan penipuan ..

Rasulullah SAW bersabda : “Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu , tidak menepati janji , dan tidak menunaikan amanah. (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manudia. Baginda SAW bersabda : “Kecelakaan ke atas sesiapa dengan tujuan menghiburkan manusia,kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” (HR Abu Daud, At-Tirmizi, dan An-Nasai’e)


#Budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang mnuntut umat Islam sentiasa bersifat “JUJUR”..

Friday, 28 March 2014

Ainul Mardiah , biDadArI SyuRgA ....



AINUL MARDIAH ... siapakah gerangan empunya nama ini ?? errmmm... meyh baca sampai abis meyh..hehehe... “AINUL MARDIAH” yang bermaksud “MATA YANG DIREDHAI” ..sedapkan nama tu .. saya sebelum up entry ni , x kenal pun siapa tu “Ainul Mardiah” .. tapi lepas dengar lagu kumpulan UNIC yang bertajuk Ainul Mardiah laa mula saya cari pasal empunya nama ini ..  persoalannya , SIAPAKAH AINUL MARDIAH ?? hehehe...

“Ainul Mardiah” merupakan salah seorang bidadari SYURGA yang “sangat” cantik berbanding dengan bidadari-bidadari yang lain .. Cantiknya Ainul Mardiah , hanya ALLAH yang tahu ...

Kisah Ainul Mardiah ...................

“Ainul Mardiah (mata yang di redhai) adalah seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain ... Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika Rasulullah S.A.W memberi “targhib” (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad atau berdakwah ke jalan ALLAH) . Kata Baginda S.A.W. , sesiapa yang keluar di jalan ALLAH tiba-tiba ia “syahid” , maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang cantik dalam kalangan bidadari syurga ... Ada bidadari yang bernama “Ainul Mardiah” sedang menunggu seorang kekasih yang berjihad di jalan ALLAH ...



Mendengarkan berita tersebut , seorang lelaki yang masih muda hendak mengetahui bagaimana cantiknya bidadari yang dimaksudkan baginda .. tetapi , disebabkan malu dengan Nabi Muhammad dan para sahabat yang lain , beliau menyembunyikan hasratnya ..

Sunnah Rasulullah , tidur sebelum zohor dipangil “Qailullah” .. lelaki muda tadi pun tidur berjemaah bersama-sama dengan para sahabat yang lain ... Tiba-tiba dalam tidur pemuda tersebut , beliau telah bermimpi bahawa beliau telah pergi ke suatu tempat yang sangat indah ... Beliau bermimpi bertemu dengan seseorang yang sangat indah , bersih pakaiannya , muka berseri-seri .. Pemuda itu kemudiannya bertanya kepada wanita tersebut dimanakah beliau berada ?? wanita tersebut berkata , bahawa pemuda tadi telah berada di dalam syurga ...

Lalu sahabat tersebut pun menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan “Ainul Mardiah” .. Bidadari tersebut menunjukkan ke satu arah , maka berjalanlah sahabat itu ke pepohon dan melihat seorang wanita cantik yang tidak pernah beliau lihat akan kecantikan seperti itu di dunia sebelum ini ... Pemuda tersebut member salam kepada wanita itu dan bertanya , adakah wanita tersebut “Ainul Mardiah” ?? Wanita tersebut berkata “TIDAK” ... Beliau bukan “Ainul Mardiah” yang dimaksudkan oleh pemuda itu .. Beliau hanya penjaga “Ainul Mardiah”  .. Ainul Mardiah ada di dalam singgahsana sana ...

Lalu pemuda tersebut masuk ke dalam mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda berbanding wanita yang dilihatnya yang pertama dan sebelumnya tadi ... Sahabat tersebut memberi salam kepada wanita tersebut dan bertanya , adakah beliau “Ainul Mardiah” yang dicarinya ?? Jawab wanita itu , tidak ... Beliau penjaga didalam mahligai itu .. Ainul Maridah berada di atas mahligai sana ...

Tanpa kenal erti putus asa dan penat , sahabat tersebut menaiki tangga mahligai permata tersebut .. kecantikannya sungguh mengagumkan .. Beliau Nampak seorang bidadari yang sangat cantik berbanding yang pertama , kedua dan yang sebelumnya .. Kecantikannya tidak pernah dilihat di dalam dunia ini ... Wanita tersebut berkata , “aku ialah “AINUL MARDIAH” , aku diciptakan untuk kamu dan kamu telah diciptakan untuk aku” ... Sahabat berkenaan pun mendekati bidadari yang telah beliau temukan ... Namun , ‘Ainul Mardiah’ berkata “nanti .. kamu belum ‘syahid’ lagi ..

Mendengarkan akan kata-kata itu , sahabat itu terjaga dari tidurnya .. Beliau pun menceritakan kisah tersebut kepada para sahabat yang lain .. Namun begitu , beliau berpesan agar ceritanya itu , tidak diceritakan kepada Rasulullah sehingga beliau ‘syahid’ ..

Petang itu , mereka pergi berperang dan dengan izin ALLAH , pemuda itu ‘syahid’ ... Semasa hendak berbuka puasa , sahabat yang mendengar cerita yang diceritakan pemuda yang ‘syahid’ itu menceritakan kisah tersebut kepada Rasulullah S.A.W .. sepanjang cerita tersebut , Rasulullah SAW berkata “benar, benar, benar” .. Baginda SAW juga berkata  bahawa pemuda yang ‘syahid’ tadi telahpun berada di ‘SYURGA’ dan menunggu waktu berbuka puasa di syurga...


Bidadari adalah ganjaran bagi seorang lelaki di syurga kelak ... nak berapa ramai bidadari pun boleh .. mau pula semua bidadari tu cantik ya amat , hanya ALLAH yang taw .. kalah semua wanita ‘cantik’ kat dunia ni ... wahai LELAKI ?? xnak ka dapat peneman yang cantik-cantik di SYURGA nanti ?? jom berjihad ke jalan ALLAH .. FISABILILLAH  

Sunday, 9 March 2014

hentikan spekulasi berkaitan MH370 .. PRAY 4 MH370 ..



Boieng 777-200 atau lebih dikenali dengan MH370 yang dimiliki oleh MALAYSIA AIRLINES  sekarang sudah jadi bualan “hangat” di seluruh MALAYSIA bahkan setiap pelusuk dunia dengan menjadikan perkara ini sebagai penghias dan perbincangan utama dalam apa jua media massa ... tak lupa juga banyak antara kita rakyat malaysia yang mengemaskini laman sosial mereka tentang perkara ini... yang melahirkan rasa simpati dan sedih atas kejadian kehilangan kapal terbang syarikat pernerbangan Malaysia Airlines(MAS) yang membawa 239 orang(penumpang termasuk anak kapal) yang masih lagi belum diketahui  ..

Banyak spekulasi atau “fakta sendiri” telah dikeluarkan oleh pihak2 dan orang yang tidak bertanggungjwab , sejak “terkeluarnya” berita mengenai kehilangan MH370 ini  ... hal ini sedikit sebanyak sebenarnya telah menggangu proses kelancaran terutama dalam penyampaian fakta dan berita yang terbaru oleh pihak yang bertanggungjawab seperti Kementerian Pengangkutan , DCA mahupun dari pihak Tentera ..

Laman sosial memang amat berguna dalam mendapatkan dan menyampiakan maklumat ... tapi kita sebagai pengguna laman sosial kenalah tahu adakah maklumat yang kita dapat itu diperoleh dari sumber yang sahih atau tidak ... jangan la kita sewenang-wenangnya berkongsi maklumat yang kita dapat sebelum kita mengesahkan akan kesahihan sumber itu , kerana kita kena menjaga “sensitivity” keluarga mangsa pada masa sekarang ... 

Medium penyampaian maklumat terkini mengenai kehilangan kapal terbang MH370 seperti “press conference” telahpun ada sejak kehilangan ini berlaku .. adalah lebih baik sekiranya kita menunggu PC ini saja untuk mengetahui maklumat dan penemuan yang terbaru mengenai misteri kehilangan MH370 dari pihak yang berwajib ...


#Hopefully some miracle will happen .. inysaALLAH .. letz pray d bes 4 passengers in MH370

Thursday, 13 February 2014

huKum meNyaMbuT "vAlenTinE's dAy" ?



Valentine’s day??ermmm...bila mai ja bulan FEBRUARY ni...semua asyik dok cakap pasai valentine’s day...ada yang nak sambut laa...dan ada juga yang menolak sekeras-kerasnya sambutan ni atas dasar ISLAM... jadi persoalannya... apa hukum menyambut “HARI KEKASIH” atau “valentine’s day” ni??

Tapi sebelum tu meyh kita cari tahu sejarah disebalik sambutan “valentine’s day” ni ... “st. Valentino” adalah nama seorang pendeta Nasrani pada abad ke-3 masihi , dan perayaan atau sambutan ini adalah semata-mata untuk mengenang dan mengingati tokoh mereka ... terdapat pelbagai versi yang telah diceritakan yang berkaitan dengan wujudnya sambutan ini ...

Antara yang paling terkenal , mengatakan bahawa pada tanggal 14 February, Maharaja ketika itu (Maharaja Rom Claudius 2) telah menjatuhkan hukuman mati terhadap pendeta itu , yakni St. Valentino , kerana menentang akan pemerintahannya ... dia merupakan seorang yang kuat berpegang dengan ajaran kristian sehingga disamakan dengan Jesus ...  pada masa pemerintahan Claudius 2 , mereka  menyembah dewa-dewi dan memusuhi penganut agama kristian dan para mubaligh kristian .. oleh itu , St. Valentino turut dipenjarakan dan dihukum mati .. dikatakan didalam penjara St. Valentino jatuh cinta dengan anak salah seorang penjaga penjara dan sebelum hayatnya dia sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut yang tertulis “From your Valentine” ..



Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan  , Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan meraikan “Hari Kekasih” atau “Valentine’s day” ini tidak pernah dianjurkan oleh ISLAM .. kerana ini mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang dalam ISLAM ..

Wlopon ramai antara kita(org ISLAM) tahu akan hal ini ,  tpi msih lagi ada yang menyambutnya dengan alasan “untuk membuktikan kasih sayang terhadap pasangan” ... Wat de rock is cooking?? Hehehe... dalam ISLAM tiada hari khusus untuk meluahkan dan membuktikan kasih sayang ..

Rasulullah s.a.w bersabda , yang diriwayatkan oleh Abu Daud :
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”

مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ 
“sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak.”(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Aku pernah menegur seseorang berkaitan ngn sambutan ini lam social media .. bila ditegur tup2, aQ plak yg kna mrah ngn bF dia...haha.. ni aQ kongsi pa yg aQ ckp kt dia :

Sblom pa2 sya nk minx maaf la..jes nk kongsi pndapat..ok..cik ”ttuutt” da 2lis yg nk smbot ary kekasih xda msalah..ok..sya fhm..n cik “ttuut” pon da kta yg cra sesetengah owg ,mlayu smbot kt otel2 n wt ank hram 2 yg slh..ok sya stuju..tpi sya nk tnya..kenapa perlu disambot HARI KEKASIH pda ary yg sma ngn kalender owg putih?atau dlam kta len ary yg sma ngn peristiwa 2..knapa xsmbot pda ary len..ary len pon leh smbot..kta dilarang tok smbot ary KEKASIH sbb xmhu mgikot bdaya brat..gpon bnda ni xpnah dianjurkan oleh ISLAM.roh prayaan tsebut mpunyai unsur2 kristian n amalannya jga bcampur ngn pbuatan maksiat adalah bcanggah n dilarang oleh ISLAM.sperti yg dikatakan oleh cik “ttut” tdi mgenai cra owg mlayu smbot..sya nk pnjam hadis dri Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Demi Allah yang nyawaku di dalam genggaman-Nya, pasti kamu turut jejak langkah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sedepa demi sedepa, sehingga kamu turuti mereka walaupun mereka masuk ke lubang dhab.Lantaran itu, sahabat bertanya: “Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka?”..so,kt sni myatakan la,yg owg2 yahudi n nasrani ni la yg kn wat kta, MUSLIM , terpesong..ngn bnda2 yg kta rsa remeh cmni la yg kn wt kta lri jaoh dri ISLAM..sya mgaku,sya pon sma..jes nk kngsi la..so,minx maaf skali lgi..salam.. (THE END)haha...


*berKASIH laa slagi mampu,tunjukkan KASIH tu ngn cra yg btol slagi ianya x menyamakan kita ngn “HANTU”....hehehe