Saturday, 28 December 2013

KenApa Kita Tak nAk jaDi maCAm ZamAn kiTa kEcil-keciL Dulu baLik ??



Kenapa kita tak nak jadi macam zaman kita kecil-kecil dulu balik ??

Zaman budak-budak ni memang seronok .. apa yang kita tahu “time” budak-budak , bagun tidur , mandi , main dengan kawan-kawan , balik rumah makan jap , pastu main balik , balik rumah mandi , p mengaji , pastu balik tengok tV , tidur ... macam tu laa  keesokan harinya dan hari-hari berikutnya .. tu la rutin kehidupan seorang kanak-kanak yang normal(mksod “normal” kt sni,yg xdikongkong mak pak,ok)..hhehehe...main ja kejanya.. kadang-kadang bila dah tua/membesar ni rasa nak pula jadi budak-budak balik.. bukan pa , bab bila dah besar ni banyak sangat tekanan dan benda nak kena fikir ... time dok “single” pon dah banyak nak kena fikir , tambah pula bila dah kahwin , lagi la kena fikir..

Kalau nak diikutkan memang laa makin “besar” makin tetekan bab makin banyak tanggungjawab ... tapi semua tekanan ni boleh diatasi .. lagi pon,kita ni takkan dapat lari dari “tribulasi dan mehnah” ..macam mana pon ,kita tetap kena hadapinya dan cari jalan penyelesaiannya.. sebab makin kita lari darinya,ia kan makin mendekati kita...

“Kenapa kita tak nak jadi macam zaman kita kecik-kecik dulu balik ??”
 persoalannya kan..tajuk bunyi lain,tapi tulis len.. asyik dok lari tajuk jaa kn..huhu... apa yang aku nak tulis kat sini, kita cuba amek sikap kita time budak-budak dulu... sikap tak mudah putus asa kita bila kecik-kecik dulu..masa mula-mula kita nk belajar meniarap, merangkak, berdiri , bertatih , berjalan seterusnya berlari... walaupun susah, tapi kita tetap cuba sampai la kita Berjaya melakukan satu-satu benda 2.. tapi, awat bila dh kita dah besar, kita mudah berputus asa??mana kita yang dulu??kita yang tak tahu erti mengalah??kita yang dulunya bangkit dari kelukaan dan kesakitan??

Dulu time budak-budak, ngat x, sapa kawan yang paling kita rapat??ngat x,sapa pula yang selalu kita gaduh??bukankah mereka tu orang yang sama??hahaha...walaupun bergaduh,tapi ikatan hubungan persahabatan 2 amat kuat dalam diri kita...gaduh jap ,sok baik balik...tapi bila dah besar,mengapa kita dah xtahu erti PERSAHABATAN??mengapa kita bergaduh dan bermasam muka bertahun-tahun??

Mai kita flashback sekali g zaman budak-budak kita.. Tanya pada diri...dakah kita ni seorang yang pemaaf??... berapa lama kita ambil masa untuk memaafkan seseorang yang berlaku jahat dengan kita??n adakah kita membalas dendam kembali atas apa yang orang buat jahat kepada kita??..semua budak-budak ni adalah pemaaf...klu da yang xstuju yang budak2 ni pemaaf,aQ xtaw nk kata pa la kn...bab yang aQ taw..semua budak-budak seorang yang pemaaf...mungkin aQ blom jumpa budak yang xtaw nak memaafkan kot..hehe...tapi pa2 pon..budak-budak memang seorang yang pemaaf.. tapi mengapa sekarang kita suka hidup dalam dendam??mengapa sukar untuk kita memaafkan dan meminta maaf kepada seseorang??

Banyak betoi persoalan...saja ja nak suruh jawab sendiri...hehe...kan best kalau semua owg leh jadi cam budak2 balik...tapi xnak la berfikiran cm budak2 jga...hehe...


*dalam hidup ini, kadang-kadang kita perlu untuk menjadi macam budak-budak,tapi berfikiran matang macam orang dewasa..

Thursday, 28 November 2013

AL-FatIhaH ...




Entry kali ni jom kita “tenung” , “tengok” n “kenal” ngn surah AL-FATIHAH .. kita selalu baca saja surah ni .. n ada juga antara kita mengetahui maksud terjemahan ayat bagi surah ni .. tapi , penah x , kita meneliti lebih dalam .. bab maksud tersirat setiap ayat saya xnak cerita laa .. saya tak da ilmu pasai bab tu ... Cuma nak sentuh sikit benda yang tersurat tapi kita mungkin terlepas pandang atau terlupa untuk meneliti surah AL-FATIHAH yang paling sempurna ni.. gambar bawah ni  maksud setiap ayat bagi surah AL-FATIHAH ...



AL-FATIHAH .... bagi seorang yang beragama ISLAM , tipu la kalau kata tak tahu surah ni ... setiap hari paling kurang atau minimum , kita akan membaca surah AL-FATIHAH ini sebanyak 17 kali ... ianya dipangil  AL-FATIHAH ( pembukaan ) kerana surah ini berada pada urutan pertama dari 114 surah dalam AL-QURAN .. para ulama bersepakat bahawa surat yang diturunkan yang lengkap ini merupakan intisari dari keseluruhan kandungan AL-QURAN yang kemudiannya diperinci oleh surah2 selepasnya ..

Selain dari dikenali sebagai AL-FATIHAH , surah ini juga dikenali dengan 20 nama :-

~         Surah AL-FATIHAH
~         Awal Quran
~         Ummul Quran ( induk AL QURAN )
~         Surah Al-Kunur
~         Surah Khafiah
~         Surah Wafiah
~         Surah Syafiah
~         Surah Syifa’
~         Sab’ul Mathsani ( tujuh yang berulang-ulang) – krn ayatnya da 7 dan berulang-ulang dalam sembahyang ..
~         Surah Annur
~         Al-Ruqyah
~         Surah Alhamdu Washukru
~         Surah Addoa
~         Surah Taallamul Masalah
~         Surah Munajat
~         Surah Tafwidz
~         Fatihatul Quran
~         Surah Assual
~         Ummul Kitab ( induk al kitabb)
~         Surah Assolah

Huruf Hijaiyyah (huruf bahasa arab) terdapat 28 .. ulama’ membahagikan huruf2 hijaiyyah kepada 2 jenis iaitu huruf Nuraniyyah ( gemerlapan/kilauan ) dan huruf Zulmaniyyah ( kegelapan/kesuraman )

Huruf Nuraniyyah ada sebanyak 14 ~  sod , ra , alif , tho , ain , lam , ya , ha(nipis) , qaf , nun , mim , sin , kaf dan ha( tabal)
Manakala huruf 14 yang lain dalah huruf Zulmaniyyah ...

Tapi tahukah anda yang dalam surah AL-FATIHAH ni hanya menggunakan 21 huruf Hijaiyyah sahaja  ?? mesti kita xperasan kan benda ni ?? kesemua huruf Nuraniyyah terdapat didalam surah AL-FATIHAH , dan hanya 7 huruf Zulmaniyyah yang terdapat dalam surah ini ... ada 7 huruf yang xda dalam surah ni .. tsa , jim , kho , zai , syin , dzo , fa .... errmmm ... kenapa huruf2 ni xda dalam surah ni ?? nahh , ni la yang membuatkan surah ini merupakan surah yang sempurna yang merupakan surah teragung diantara surah2 yang lain ... ini dalah kerana ketujuh-tujuh huruf ini merupakan pangkal bagi nama Neraka yang tujuh :

~         tsa – Tsabur
~         Jim – Jahanam
~         Kho – khowiah
~         Zai – Zauwiah
~         Dzo – Dzulmah
~         Syin – Syakawah
~         Fa – Fizah/Firqah

surah AL-FATIHAH ni banyak mafaatnya kalau diamal selalau ... boleh wat pelindung diri dan pengubat segala penyakit ..

sabda Rasulullah S.A.W , “ Membaca pembuka kitab ( AL-FATIHAH ) pahalanya seperti membaca sepertiga AL-QURAN “.

Dari  Al-Bukhari dari Abdillah Malik bin Omar meriwayatkan , Rasulullah S.A.W. bersabda , mafhumnya . “ Al-Fatihah adalah ubat bagi segala macam penyakit “.

# AL-FATIHAH ni banyak fadhilat dan manfaatnya kalau kita beramal dengannya ...




Saturday, 16 November 2013

meMbaCa yAssIn PadA maLAm jUmaaT aDakaH sUnnaH ataU bId'Ah ??




Baca yassin pada malam jumaat sunnah Rasulullah atau satu Bid’ah??
Ok .. mula-mula mai kita ambil tahu dulu , apa maksud “BID’AH”...

Makdud bid’ah dari segi bahasa

Bid’ah dari segi bahasa adalah sesuatu yang tidak ada permulaan. Sebagaimana firman ALLAH S.W.T:
                “Katakanlah (Hai Muhammad): Tidaklah aku bid’an (yang terawal) dari rasul-rasul”
                                                                                                                                                -Surah Al-Ahqaf ayat 9

Begitu juga perkataan bid’ah diambil dari sifat ALLAH S.W.T. :
                                                “(ALLAH)(badi’u) yang mencipta bumi dan langit”
-Surah AL-Baqarah ayat 117

Ertinya ALLAH S.W.T. telah mengadakan (mencipta) bumi dan langit yang tidak wujud sebelum penciptanya.
Dalam kata lain, maksud bid’ah dalam bahasa  ialah sesuatu yang baru yang tidak ada contohnya dari masa lepas atau amalan yang tidak dilakukan oleh RAsulullah SAW.

Maksud bid’ah mengikut syarak
Bid’ah dari segi syarak ialah satu perkara yang direkai dalam agama yang seakan-akan menyamai atau menyerupai hokum syarak yang bertujuan untuk pengabdian(menghampirkan diri) kepada ALLAH tetapi tanpa mempunyai sebarang dalil syarak yang sahih terhadap sesahihan perbuatan tersebut sama ada dari segi asal ataupun keterangan (istinbat) syarak dari dalil-dalil tersebut.

Bid’ah juga terdiri kepada dua. Iaitu bid’ah yang baik(bid’ah hasanah). Manakala lagi satu adalah bid’ah yang tidak baik(bid’ah dholalah).

Berbalik kepada tajuk kita... ADAKAH MEMBACA YASIN PADA MALAM JUMAAT ADALAH BID’AH??

Amalan membaca yassin  pada malam jumaat sudah menjadi rutin atau sudah sebati dalam masyarakat MELAYU  kita...apabila ary khamis malam jumaat ja mesti orang sudruh baca yassin  atau beramai-ramai pergi ke masjid atau surau untuk membaca yassin . tapi persoalan yang telah timbul disini adalah ... ADAKAH RASULULLAH S.A.W. MENYURUH ATAU MEMBACA YASSIN PADA MALAM JUMAAT atau PADA ARY JUMAAT???



Kalau nak diikutkan ,membaca yassin  pada malam jumaat bukanlah sunnah Rasulullah S.A.W. .. baca yassin  khusus pada malam jumaat tidak dibuat Nabi Muhammad S.A.W. ..tapi adalah sunat membaca surah al-kahfi  pada malam jumaat kerana itu yang dilakukan oleh Nabi kita MUHAMMAD S.A.W...

Daripada Umar beliau berkata , Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda :
“Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dia jumaat.”(HR Ibnu Katsir)

Dari tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3:243
Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Maukah aku tunjukkan padamu suatu surat yang diikuti oleh seribu malaikat ketika diturunkan, dan keagungannya memenuhi antara langi dan bumi?” Sahabat menjawab : “mau” . Rasulullah S.A.W bersabda : “Surat Ashhabul Kahfi. Barangsiapa yang membacanya pada malam hari jumaat, ALLAH akan mengampunkan dosanya sampai jumaat berikutnya dan ditambah tiga hari,diberi cahaya yang mencapai ke langit, dan akan terjaga dari fitnah Dajjal.”

 kat sini saya tak mengatakan membaca yassin  pada malam jumaat tu bid’ah.. satg da plak yang kata...”kata kita umat islam disuruh untuk membaca ayat-ayat Al-Quran...tapi bila nak baca pada malam jumaat tak boleh pula??kata bid’ah la..apeni??”haha .... yassin  adalah sebahagian atau antara surah daripada Al-Quran .. tak salah nak membaca pada malam jumaat .. lagi bagus ada laa.. at least kita da juga membaca ayat Al-Quran daripada tak da langsung..jangan berhenti dari terus membaca surah yassin..kalau kita baca yassin pada malam jumaat,kita hanya peroleh pahala membaca...cuma kalau nak pahala sunnah n bacaan,alangkah baiknya kalau kita membaca suruh al-kahfi pada malam jumaat... insyaALLAH.. wallahu a'lam..




Saya xleh nk kta baca yassin  pada malam jumaat 2 bid’ah...itu kna ty org yg berilmu lam hal ni laa...sbb sya publish tajuk ni bab nak tunjuk kt org ramai yg membaca entry saya ni, bahawa , membaca yassin  pada malam jumaat 2 bukanlah sunnah Nabi MUHAMMAD S.A.W..



*Tapi pa2 pon...teruskan membaca ayat-ayat Al-Quran .. bab Al-Quran ni , tiada hari2 yang ditetapkan untuk membacanya...hehe...

Saturday, 21 September 2013

t0nGue TwisTer





Slamat membelitkan lidah anda...mga tiada yg msok ospital dek kerana membaca ayat2 ni k...slamat mencuba...

~ One-one was a racehorse.
Two-two was one,too.
When one-one won one race,
Two-two won one,too.

~ Old oily Ollie oils old oily autos.

~ Nine nice night nurses nurse nicely.

~ Mr. See owned a saw,
And Mr. Soar owned a seewas
Before Soar saw See,
Which made Soar sore.
Had Soar seen See’s saw
Before See sawed Soar’s seesaw.
See’s saw would not have sawed
Soar’s seesaw.
So See’s saw sawed Soar’s seesaw.
But it was sad to see Soar so sore
Just because See’s saw sawed
Soar’s seesaw!

~ Many an anemone sees an enemy anemone.

~ If Stu chews shoes,
Should Stu choose
The shoes he chews?

~ I wish to wish the wish you wish to wish,
But if you wish the wish the witch wishes,
I won’t wish the wish you wish to wish.

~ How much woos would a woodchuck chuck
If a woodchuck could chuck wood?
He would chuck, he would, as much as he could
And chucks as much wood as a woodchuck would
If a woodchuck could chuck wood.

~ While we were walking, we were watching window washers
Wash Washington’s windows with warm washing water.

~ a tidy tiger tied a tie tighter to tidy her tiny tail.

~ a big black bug bit a big black bear, made the big black bear bleed blood.

~ peter Piper picked a peck of pickled peppers.
If Peter Piper picked a peck of pickled peppers,how many pickled peppers did Peter Piper pick?

Tuesday, 10 September 2013

nIkaH mUt'Ah atau Nikah ZinA ???




Nikah mut’ah atau da juga orang pangil nikah/kahwin kontrak .. aku lebih suka kalau sebut “nikah zina” .... sebab apa aku suka sebut camtu..jom kita baca sampai abis..bru taw pa mksod..ni dgaQ trus nk tmbak ja..dok pk bkn2 pon da..hehe..ok...apa tu nikah zina(mut’ah)??

Nikah mut’ah  ni ialah perkahwinan antara seorang lelaki dan perempuan dengan maskahwin yang tertentu untuk jangka masa terbatas yang berakhir dengan hisabnya masa tersebut, dimana suami tak diwajibkan untuk memberi nafkah dan tempat tingal kepada si isteri, serta tidak menimbulkan pewarisan antara keduanya.
Jangan seronok sangat...jangan ingat kita boleh wat nikah mut’ah  ni...baca sampai abis dulu...baca maksud memang la Nampak macam best n boleh ja nikah mut’ah  ni...tapi jom baca “perabih”..

Nikah mut’ah ni diharamkan ... ni antara dalil haramnya nikah mut’ah ...

Haramnya nikah mut’ah berlandaskan dalil-dalil hadis Nabi Muhammad SAW dan juga pendapat para ulama dari 4 mazhab . Dalil dari hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitabnya shahih muslim menyatakan bahawa dari Sabrah bin Ma’bad Al-Juhaini, ia berkata : “Kami bersam Rasulullah dalam suatu perjalanan haji. Pada suatu saat kami berjalan bersama saudara sepupu kamu dan bertemu dengan seorang wanita. Jiwa muda kami mengagumi wanita tersebut,sementara dia mengagumi selimut(selendang) yang dipakai oleh saudaraku itu. Kemudia wanita itu berkata : “Ada selimut seperti selimut”. Akhirnya aku menikahinya dan tidur bersamanya satu malam. Keesokan harinya aku pergi ke Masjidil Haram, dan tiba-tiba aku melihat Rasulullah sedang berpidato diantara pintu Ka’abah dan Hijr Ismail. Beliau bersabda, “Wahai sekalian manusia, aku pernah mengizinkan kepada kalian untuk melakukan nikah mut’ah . Maka sekarang siapa yang memiliki isteri dengan cara nikah mut’ah ,haruslah ia menceraikannya,dan segala sesuatu yang telah kalian berikan kepadanya,janganlah kalian ambil lagi. Kerana ALLAH telah mengharamkan nikah mut’ah  sampai hari Kiamat(shahih Muslim 2/1024)
Maksudnya disini dahulunya di awal Islam nikah mut’ah  ni da yang buat...tapi Nabi dah tak bagi pastu..jadi selapas apa yang telah dikatakan oleh Rasulullah dalam peristiwa diatas, siapa yang melakukan nikah mut’ah hukumnya menjadi zina kerana ianya haram...



Tapi sekarang ni masih lagi ada yang melakukan nikah mut’ah  ni..siapa??orang “Syiah”.. puak syiah ni guna perkataan nikah mut’ah  ni tok menutupi penzinaan besar-besaran yang mereka lakukan.. kalau kita baca maksud nikah mut’ah  .. “TIDAK MENIMBULAKN PEWARIS ANTARA KEDUANYA” .. tapi puak “syiah” ni , depa wat kepala sendiri .. dengan membenarkan adanya pewaris ...dan tambahan, mereka mengunakan nikah mut’ah  ni juga untuk mengalakkan atau menarik perhatian pemuda-pemuda yang jahil  yang tidak tahu tentang ajaran agama syiah..jadi disebabkan “darah muda” yang mebuak-buak orang-orang muda terpedaya dan ikut ajaran yang jelas terpesong ni..

So,aku arap dengan apa yang aku tulis ni dapat membuka mata kita sikit la kalau da orang yg mai “approach” kita suruh ikot nikah ni ka pa...at least kita dh taw..klu da  yg salah mohon ditegur...

·         Berkaitan ngn agama ni...berhati2...wlopon ngn kwn2 rpat kita...selidik dlu,bru ikot...hehe... wassalam.. :p


Wednesday, 28 August 2013

Syaitan yang jahat atau kita yang jahat??





SYAITAN ni kalau nak diikutkan .. “tak” la “jahat” .. kalau nak diikutkan, manusia ni lagi jahat dari syaitan (jgn slah phm ngn pa yg aQ mksodkan ni...bca smpai abis dlu...hehe) ... sebab apa aku cakap macamtu ..?? kita tengok maksod dari surah IBRAHIM 14:22 :-

“Dan berkatalah Syaitan takala perkara (hisab) telah diselesaikan :
“Seseungguhnya ALLAH telah menjanjikan kepadamu janji yang benar , dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya .. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, akan tetapi cercalah dirimu sendiri.. aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamu pun sekali-kali tidak dapat menolongku.. sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan ALLAH) sejak dahulu” sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat seksaan yang pedih”



Dalam surah ni , kita dapat lihat sendiri bahawa syaitan sendiri tak mempersekutukan ALLAH dan tidak membernarkan kita(manusia) menduakan ALLAH ... syaitan hanya akan menghasut kita(manusia) untuk membuat kemungkaran dan menyesatkan kita ... tapi ingat, kita adalah sebaik-baik ciptaan-NYA .. dikurniakan akal untuk berfikir dengan lima pancaindera , tapi masih lagi ikut kata syaitan .. kenapa??sebab iman dan akidah kita belum mantap ..   syaitan ni Cuma  taknak sujud pada Nabi ADAM  kerana keangkuhan syaitan apabila disuruh oleh ALLAH untuk sujud pada ADAM .. disebabkan ingkar .. syaitan dicampakkan kedunia .. cuba kita lihat kembali , siapa yang jahat atau lebih hina .. syaitan yang hanya cuba menyesat dan menghasut manusia untuk membuat kemungkaran atau manusia yang mempersekutukan ALLAH??

“Allah s.w.t berfirman;Apakah yang menghalangi engkau (sehingga)kamu tidak bersujud (kepada Adam) ketika Aku menyuruhmu?”(iblis) menjawab”Aku lebih baik daripada dia.Engkau ciptakan aku daripada api dan sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah“(surah al-A’raf:ayat 12)

“(Iblis) menjawab, Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku selalu menghalangi mereka daripada jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur”(Surah al-A’raf: ayat 16-17)

*Renung-renungkan dan selamat beramalan ... dan minta maaf kalau apa yang ditulis ni da yang xbetul.. tegur2 la noh..hehe...

Tuesday, 4 June 2013

IsrAk Dan MikrAj


Sempena 27 Rejab yang bakal tiba iaitu peristiwa yang paling agung dalam sejarah ISLAM iaitu peristiwa Israk dan Mikraj Nabi junjungan kita,Nabi Muhammad S.A.W ,aku nak kongsi sikit la dari pa yang aku penah dengar dan aku baca lam internet...huhu...

Firman Allah SWT ,
Maksudnya : “ Maha Suci ALLAH Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram(di Makkh) ke Masjid Al-Aqsa(di Palestin),Yang Kami berkati sekelilingnya,untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami.Sesungguhnya Allah jualah Yang Maka Mendengar, lagi Maha mengetahui .”

Bila berbicara mengenai Israk dan Mikraj, ‘automatically’ kita akan berfikir berkaitan dengan haiwan tunggangan Nabi Muhammad SAW krtika di Israk,iaitu Burak..dan juga berkaitan perjalanan Nabi yang jauh tapi mengambil masa yang singkat iaitu dalam satu malam sahaja...

Israk = perjalan Nabi Muhammad SAW menaiki binatang Burak dari Masjidik Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di baitulmaqdis,Palestin.
Mikraj = perjalan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yang ketujuh


Peristiwa Israk(Perjalan dari Masjidil Haram kr Masjidil Aqsa)

Sepanjang perjalanan(Israk) itu,Rasulullah SAW diiringi(ditemani)oleh malaikat Jibril dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu(tempat-tempat yang mulai dan bersejarah),Rasulullah telah diarah oleh -Jibril supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :

·         Negeri Thaibah(Madinah),tempat di mana Rasulullah akan melakukan Hijrah
·         Bukit Tursina,iaitu tempat Nabi Musa A.S menerima wahyu daripada ALLAH
·         Baitul-Laham(tempat Nabi Isa A.S dilahirkan)

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah SAW meghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya adalah seperti :

Ø  Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil meraka.apabila dituai,hasil(buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibril:Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

Ø  Tempat yang berbau harum
ü  Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibril:Itulah bau kubur Masyitah(tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya(termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya)yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada ALLAH(tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan)

Ø  Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka.
ü  Setiap kali dipecahkan kepala mereka,sembuh kembali,lalu dipecahkan lagi. Demikian dilakukan berkali-kali.Jibril memberitahu Rasulullah:Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud)sembahyang)

Ø  Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka(qubul dan dubur) dengan secebis kain.Mereka dihalau seperti binatang ternakan.Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.
ü  Kata Jibril:Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

Ø  Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada disisi mereka.
ü  Kata Jibril: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaku dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.

Ø  Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.
ü  Kata Jibril:Itulah orang yang makan riba.

Ø  Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memukulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain.
ü  Kata Jibril:Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

Ø  Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali.Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.
ü  Kata Jibril:Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

Ø  Kaum yang mencakat muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
ü  Kata Jibril:Itulah orang yang memakan daging manusia(mengumpat) dan menjatuhkan maruah(mencela,menghinakan) orang.
Ø  Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit.Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.
ü  Kata Jibril:Itulah orang yang bercakap besar(Takabur).Kemudian menyesal, tapi sedah terlambat.

Ø  Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan.Rasulullah tidak memperdulikannya.
ü  Kata Jibril:Itulah dunia. Jika Rasulullah member perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

Ø  Seorang perempuan tua duduk ditengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya.
ü  Kata Jibril:Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ketua.

Ø  Seorang perempuan bongkak tida menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.
ü  Kata Jibril:Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setelah Rasulullah SAW tiba di Masjidil Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Burak. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala para anbia dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bejaan yang berisis arak dan susu. Rasulullah SAW memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibril:Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


Peristiwa Mikraj(Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T)

Didatangkan Mikraj(tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibril naik ke atas tangga pertama lalu terangkat kr pintu langit dunia(pintu Hafzhah)

v  Dilangit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibril masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan

v  Dilang Kedua: Nabi Muhammad SAW dan Jibril naik tangga langit ke dia, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.

v  Di langit ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf AS

v  Di langir Keempat: naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris AS

v  Di langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil

v  Di langit keenam: naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala(disuruh oleh Jibril) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab

v  Di langit Ketujuh: Naik langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW, Nabi Ibrahim AS berasbda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada mala mini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu daif, maka berdoalah untuk umatmu.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda,”Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH,WAL-HAMDULILLAH,WALA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL-‘ALIYYIL-‘AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”.

setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibril masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang(Baitul-Makmur ini betul-betul diatas Baitullah di Mekah).

v  Di tangga Kelapan: Di sinilah disebut “Al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tek terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

v  Di tangga Kesembilan: Di sisni berbertulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW masuk ke dalam Nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam Nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah dengan berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tida memaki ibu bapanya.

v  Di tangga Kesepuluh: baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabul-Arbab lalu dapat meyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudia berlakulah dialog antara Allah dan Nabi Muhammad SAW,Rasul-Nya:

Allah SWT: Ya Muhammad
Rasulullah: Labbaika.
Allah SWT: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah. Kami perkenankan.
Rasulullah: Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar, Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi . Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi, dia dan ibunya daripada syaitan. 
ALLAH SWT : Aku ambilmu sebaga kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan  dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah Al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh(waktu) sembahyang.
Selesai munajat Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS. Kemudian Nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada ALLAH SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas Sembilan kali merayu,(setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya ALLAH perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilaunya sebanyak 50 waktu juga.

Setelah Israk dan Mikraj

Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul_Maqdis. Lalu menunggang Buraq  perjalan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini, baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi(bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu.

Peristiwa Israk dan Mikraj ini pada pandangan orang tidak beriman atau mereka yang nipis imannya, mereka menyatakan bahawa periatiwa ini tidak mungkin akan berlaku ataupun mereka berbelah bahagi samada mahu percaya atau sebaliknya. Tetapi bagi orang-orang yang benar-benar beriman kepada ALLAH dan Rasul-Nya, maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.

Setelah baginda SAW menceritakan apa yang telah terjadi kepadanya pada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda SAW. Fitnah terhadap baginda SAW bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakal bagi mereka yang begitu membenarkan baginda SAW, maka iman mereka tetao utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi Muhammas SAW lalu  beliau dengan tegas menyatakan :

“Benar!!Aku menyaksikan bahawa, engaku merupakan Rasulullah. Jika baginda SAW mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh dari itu, maka aku tetap beriman kepadanya”. Inilah ketegasan dan keyaknan yang tidak berbelah bagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai ALLAH dan Rasul-Nya sehingga beliau digelar As-Siddiq( pembenar).

Selain daripada hanya mengingati kembali peristiwa ini, adalah lebih baik kita mengambil iktibar atau pengajaran untuk diikuti, supaya kita terhindar dan dapat menjauhkan kita dari perkara yang kita xingin..marilah kita bersama-sama menginsafi diri agar peristiwa-peristiwa yang xberapa “enak” terjadi kepada kita nanti...


*SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WALA ILLAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL-‘ALIYYIL-‘AZIM