Saturday, 16 November 2013

meMbaCa yAssIn PadA maLAm jUmaaT aDakaH sUnnaH ataU bId'Ah ??




Baca yassin pada malam jumaat sunnah Rasulullah atau satu Bid’ah??
Ok .. mula-mula mai kita ambil tahu dulu , apa maksud “BID’AH”...

Makdud bid’ah dari segi bahasa

Bid’ah dari segi bahasa adalah sesuatu yang tidak ada permulaan. Sebagaimana firman ALLAH S.W.T:
                “Katakanlah (Hai Muhammad): Tidaklah aku bid’an (yang terawal) dari rasul-rasul”
                                                                                                                                                -Surah Al-Ahqaf ayat 9

Begitu juga perkataan bid’ah diambil dari sifat ALLAH S.W.T. :
                                                “(ALLAH)(badi’u) yang mencipta bumi dan langit”
-Surah AL-Baqarah ayat 117

Ertinya ALLAH S.W.T. telah mengadakan (mencipta) bumi dan langit yang tidak wujud sebelum penciptanya.
Dalam kata lain, maksud bid’ah dalam bahasa  ialah sesuatu yang baru yang tidak ada contohnya dari masa lepas atau amalan yang tidak dilakukan oleh RAsulullah SAW.

Maksud bid’ah mengikut syarak
Bid’ah dari segi syarak ialah satu perkara yang direkai dalam agama yang seakan-akan menyamai atau menyerupai hokum syarak yang bertujuan untuk pengabdian(menghampirkan diri) kepada ALLAH tetapi tanpa mempunyai sebarang dalil syarak yang sahih terhadap sesahihan perbuatan tersebut sama ada dari segi asal ataupun keterangan (istinbat) syarak dari dalil-dalil tersebut.

Bid’ah juga terdiri kepada dua. Iaitu bid’ah yang baik(bid’ah hasanah). Manakala lagi satu adalah bid’ah yang tidak baik(bid’ah dholalah).

Berbalik kepada tajuk kita... ADAKAH MEMBACA YASIN PADA MALAM JUMAAT ADALAH BID’AH??

Amalan membaca yassin  pada malam jumaat sudah menjadi rutin atau sudah sebati dalam masyarakat MELAYU  kita...apabila ary khamis malam jumaat ja mesti orang sudruh baca yassin  atau beramai-ramai pergi ke masjid atau surau untuk membaca yassin . tapi persoalan yang telah timbul disini adalah ... ADAKAH RASULULLAH S.A.W. MENYURUH ATAU MEMBACA YASSIN PADA MALAM JUMAAT atau PADA ARY JUMAAT???



Kalau nak diikutkan ,membaca yassin  pada malam jumaat bukanlah sunnah Rasulullah S.A.W. .. baca yassin  khusus pada malam jumaat tidak dibuat Nabi Muhammad S.A.W. ..tapi adalah sunat membaca surah al-kahfi  pada malam jumaat kerana itu yang dilakukan oleh Nabi kita MUHAMMAD S.A.W...

Daripada Umar beliau berkata , Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda :
“Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dia jumaat.”(HR Ibnu Katsir)

Dari tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3:243
Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Maukah aku tunjukkan padamu suatu surat yang diikuti oleh seribu malaikat ketika diturunkan, dan keagungannya memenuhi antara langi dan bumi?” Sahabat menjawab : “mau” . Rasulullah S.A.W bersabda : “Surat Ashhabul Kahfi. Barangsiapa yang membacanya pada malam hari jumaat, ALLAH akan mengampunkan dosanya sampai jumaat berikutnya dan ditambah tiga hari,diberi cahaya yang mencapai ke langit, dan akan terjaga dari fitnah Dajjal.”

 kat sini saya tak mengatakan membaca yassin  pada malam jumaat tu bid’ah.. satg da plak yang kata...”kata kita umat islam disuruh untuk membaca ayat-ayat Al-Quran...tapi bila nak baca pada malam jumaat tak boleh pula??kata bid’ah la..apeni??”haha .... yassin  adalah sebahagian atau antara surah daripada Al-Quran .. tak salah nak membaca pada malam jumaat .. lagi bagus ada laa.. at least kita da juga membaca ayat Al-Quran daripada tak da langsung..jangan berhenti dari terus membaca surah yassin..kalau kita baca yassin pada malam jumaat,kita hanya peroleh pahala membaca...cuma kalau nak pahala sunnah n bacaan,alangkah baiknya kalau kita membaca suruh al-kahfi pada malam jumaat... insyaALLAH.. wallahu a'lam..




Saya xleh nk kta baca yassin  pada malam jumaat 2 bid’ah...itu kna ty org yg berilmu lam hal ni laa...sbb sya publish tajuk ni bab nak tunjuk kt org ramai yg membaca entry saya ni, bahawa , membaca yassin  pada malam jumaat 2 bukanlah sunnah Nabi MUHAMMAD S.A.W..



*Tapi pa2 pon...teruskan membaca ayat-ayat Al-Quran .. bab Al-Quran ni , tiada hari2 yang ditetapkan untuk membacanya...hehe...

No comments:

Post a Comment