SYAITAN ni kalau nak diikutkan .. “tak” la “jahat” .. kalau nak
diikutkan, manusia ni lagi jahat dari syaitan (jgn slah phm ngn pa yg aQ
mksodkan ni...bca smpai abis dlu...hehe) ... sebab apa aku cakap macamtu ..??
kita tengok maksod dari surah IBRAHIM 14:22 :-
“Dan berkatalah Syaitan takala
perkara (hisab) telah diselesaikan :
“Seseungguhnya ALLAH telah
menjanjikan kepadamu janji yang benar , dan aku pun telah menjanjikan kepadamu
tetapi aku menyalahinya .. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu,
melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab
itu janganlah kamu mencerca aku, akan tetapi cercalah dirimu sendiri.. aku
sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamu pun sekali-kali tidak dapat
menolongku.. sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku
(dengan ALLAH) sejak dahulu” sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat
seksaan yang pedih”
Dalam surah ni , kita dapat lihat sendiri bahawa syaitan sendiri
tak mempersekutukan ALLAH dan tidak membernarkan kita(manusia) menduakan ALLAH
... syaitan hanya akan menghasut kita(manusia) untuk membuat kemungkaran dan
menyesatkan kita ... tapi ingat, kita adalah sebaik-baik ciptaan-NYA ..
dikurniakan akal untuk berfikir dengan lima pancaindera , tapi masih lagi ikut
kata syaitan .. kenapa??sebab iman dan akidah kita belum mantap .. syaitan ni Cuma taknak sujud pada Nabi ADAM kerana keangkuhan syaitan apabila disuruh oleh
ALLAH untuk sujud pada ADAM .. disebabkan ingkar .. syaitan dicampakkan kedunia
.. cuba kita lihat kembali , siapa yang jahat atau lebih hina .. syaitan yang
hanya cuba menyesat dan menghasut manusia untuk membuat kemungkaran atau
manusia yang mempersekutukan ALLAH??
“Allah
s.w.t berfirman;Apakah yang menghalangi engkau (sehingga)kamu tidak bersujud
(kepada Adam) ketika Aku menyuruhmu?”(iblis) menjawab”Aku lebih baik daripada
dia.Engkau ciptakan aku daripada api dan sedangkan dia Engkau ciptakan daripada
tanah“(surah al-A’raf:ayat 12)
“(Iblis)
menjawab, Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku selalu menghalangi
mereka daripada jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka
dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak
akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur”(Surah al-A’raf: ayat 16-17)
*Renung-renungkan dan
selamat beramalan ... dan minta maaf kalau apa yang ditulis ni da yang xbetul..
tegur2 la noh..hehe...
No comments:
Post a Comment