Sunday, 24 May 2015

REDHA akan TAKDIR ... BERSYUKUR dengan PEMBERIAN ALLAH ...




Wahai BABI !!
Kau makhluk yang lebih MULIA dari aku ,
Kerana kau REDHA daging mu HARAM dimakan kaum mukmin..

Wahai BABI !!!
Kau lebih mulia dari aku ,
Kerana kau REDHA kulit/bulu mu NAJIS yang HARAM disentuh oleh umat ISLAM ..


Apa ni dok sebut “BABI”?? sebut la “KHINZIR”...hahaha... saja nak tunjuk betapa jijiknya binatang yang di pangil “BABI” atau “KHINZIR” ni...hehe..kalau guna KHINZIR nmpak sedap dengar .. tapi BABI ni nmpak HINA skit laa...huhuhu
Kenapa saya pilih “BABI” (ooopppsss..”KHINZIR”)  sebagai medium dalam entry kali ni.?? Dah tu dok sangkutkan dengan ISLAM plak tu .. tak hormat betoi saya ni kn??haha... maaf la kalau tak suka atau tak bekenan .. kat sini saya Cuma nak tunjuk bahawa , “KHINZIR” , iaitu binatang yang paling HINA , JIJIK terutama bagi umat ISLAM  pon tahu untuk merelakan dan meREDHAI “UJIAN dan DUGAAN”.. ,  apa yang dah tertulis untuknya .. walhal , kita manusia .. makhluk yang paling sempurna dari makhluk2 lain selalu mengungkit “itu tak kena ini tak kena” . ..” kenapa bnda ni jdi kt aku ??kenapa tak kat dia?”,”aku xtahan menghadapi semua ni”.. n macam2 g laa ..

Firman ALLAH S.W.T , yang bermaksud :
“ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya” –(Surah al-Baqarah : 286)

Amek masa sikit untuk berfikir sejenak .. berapa kalikah kita berSYUKUR dari menyalahkan TAKDIR ?? yang mana g byak ?? berSYUKUR atau menyalahkan takdir ??
Aadakah setiap ujian yang diberikan kepada kita , kita merelakan dan meredhai ketentuan ALLAH ??

Setiap manusia akan berhadapan dengan ujian yang tertentu mengikut tahap masing2 .. masalah , kesakitan , kesukaran dan apa saja yang menyiksa jiwa adalah ujian dari ALLAH untuk menguji tahap keIMANAN kita . Iman perlu untuk diuji . ini terbukti sebagaiman firman ALLAH :

“Adakah manusia itu meyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ;”Kami telah beriman.”sedangkan meraka tidak dijuji?dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang-orang yang dusta.” (al-Ankabut : 2-3)

Dugaan dan ujian yang diberikan oleh ALLAH adalah disebabkan oleh “kifarah” (dosa yang telah kita lakukan) atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-NYA ... oleh itu , perlulah kita untuk meredhakan apa jua ujian dan dugaan yang diberikan kepada kita .. kerna dengan segala ujian ini , dapat meningkatkan darjat kita di sisi ALLAH S.W.T .. dan sedikit sebanyak dapat menebus keKHILAFan kita ..

Firman ALLAH , yang bermaksud :
“dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri , dan ALLAH memaafkan sebahagian besar(dari kesalahan-kesalahanmu)” – (surah as-Syura : 30)

Nabi MUHAMMAD S.A.W bersabda :
“tidaklah seseorang mukmin tertimpa kelelahan, sakit, kesulitan, kesedihan, kegundahan, dan gangguan, bahkan duri yang menusuknya sekalipun, kecuali ALLAH akan menghapuskan dosanya karena musibah itu.”(hadis riwayat Imam al-Bukhari)



Ingat laa , ujian yang diberi oleh ALLAH adalah penunjuk yang ALLAH sayangkan kita .. DIA nak kita meningatinya dengan berbual dan meluahkan segala perasaan gundah dan apa yang terpendam kepada-NYA  melalui “DOA”.. 

Oleh itu , sandarkan Harapan kepada ALLAH .. minta pertolongan dari-NYA untuk dipermudahkan segala ujian ,.. jangan kecewa mahupun bersedih ...  relakan dan meredhakan.. REDHA akan TAKDIR ... BERSYUKUR dengan PEMBERIAN ALLAH ...


*pgunaan “BABI” hnya sbagai perumpamaan k...huhu

No comments:

Post a Comment