Thursday, 28 November 2013

AL-FatIhaH ...




Entry kali ni jom kita “tenung” , “tengok” n “kenal” ngn surah AL-FATIHAH .. kita selalu baca saja surah ni .. n ada juga antara kita mengetahui maksud terjemahan ayat bagi surah ni .. tapi , penah x , kita meneliti lebih dalam .. bab maksud tersirat setiap ayat saya xnak cerita laa .. saya tak da ilmu pasai bab tu ... Cuma nak sentuh sikit benda yang tersurat tapi kita mungkin terlepas pandang atau terlupa untuk meneliti surah AL-FATIHAH yang paling sempurna ni.. gambar bawah ni  maksud setiap ayat bagi surah AL-FATIHAH ...



AL-FATIHAH .... bagi seorang yang beragama ISLAM , tipu la kalau kata tak tahu surah ni ... setiap hari paling kurang atau minimum , kita akan membaca surah AL-FATIHAH ini sebanyak 17 kali ... ianya dipangil  AL-FATIHAH ( pembukaan ) kerana surah ini berada pada urutan pertama dari 114 surah dalam AL-QURAN .. para ulama bersepakat bahawa surat yang diturunkan yang lengkap ini merupakan intisari dari keseluruhan kandungan AL-QURAN yang kemudiannya diperinci oleh surah2 selepasnya ..

Selain dari dikenali sebagai AL-FATIHAH , surah ini juga dikenali dengan 20 nama :-

~         Surah AL-FATIHAH
~         Awal Quran
~         Ummul Quran ( induk AL QURAN )
~         Surah Al-Kunur
~         Surah Khafiah
~         Surah Wafiah
~         Surah Syafiah
~         Surah Syifa’
~         Sab’ul Mathsani ( tujuh yang berulang-ulang) – krn ayatnya da 7 dan berulang-ulang dalam sembahyang ..
~         Surah Annur
~         Al-Ruqyah
~         Surah Alhamdu Washukru
~         Surah Addoa
~         Surah Taallamul Masalah
~         Surah Munajat
~         Surah Tafwidz
~         Fatihatul Quran
~         Surah Assual
~         Ummul Kitab ( induk al kitabb)
~         Surah Assolah

Huruf Hijaiyyah (huruf bahasa arab) terdapat 28 .. ulama’ membahagikan huruf2 hijaiyyah kepada 2 jenis iaitu huruf Nuraniyyah ( gemerlapan/kilauan ) dan huruf Zulmaniyyah ( kegelapan/kesuraman )

Huruf Nuraniyyah ada sebanyak 14 ~  sod , ra , alif , tho , ain , lam , ya , ha(nipis) , qaf , nun , mim , sin , kaf dan ha( tabal)
Manakala huruf 14 yang lain dalah huruf Zulmaniyyah ...

Tapi tahukah anda yang dalam surah AL-FATIHAH ni hanya menggunakan 21 huruf Hijaiyyah sahaja  ?? mesti kita xperasan kan benda ni ?? kesemua huruf Nuraniyyah terdapat didalam surah AL-FATIHAH , dan hanya 7 huruf Zulmaniyyah yang terdapat dalam surah ini ... ada 7 huruf yang xda dalam surah ni .. tsa , jim , kho , zai , syin , dzo , fa .... errmmm ... kenapa huruf2 ni xda dalam surah ni ?? nahh , ni la yang membuatkan surah ini merupakan surah yang sempurna yang merupakan surah teragung diantara surah2 yang lain ... ini dalah kerana ketujuh-tujuh huruf ini merupakan pangkal bagi nama Neraka yang tujuh :

~         tsa – Tsabur
~         Jim – Jahanam
~         Kho – khowiah
~         Zai – Zauwiah
~         Dzo – Dzulmah
~         Syin – Syakawah
~         Fa – Fizah/Firqah

surah AL-FATIHAH ni banyak mafaatnya kalau diamal selalau ... boleh wat pelindung diri dan pengubat segala penyakit ..

sabda Rasulullah S.A.W , “ Membaca pembuka kitab ( AL-FATIHAH ) pahalanya seperti membaca sepertiga AL-QURAN “.

Dari  Al-Bukhari dari Abdillah Malik bin Omar meriwayatkan , Rasulullah S.A.W. bersabda , mafhumnya . “ Al-Fatihah adalah ubat bagi segala macam penyakit “.

# AL-FATIHAH ni banyak fadhilat dan manfaatnya kalau kita beramal dengannya ...




Saturday, 16 November 2013

meMbaCa yAssIn PadA maLAm jUmaaT aDakaH sUnnaH ataU bId'Ah ??




Baca yassin pada malam jumaat sunnah Rasulullah atau satu Bid’ah??
Ok .. mula-mula mai kita ambil tahu dulu , apa maksud “BID’AH”...

Makdud bid’ah dari segi bahasa

Bid’ah dari segi bahasa adalah sesuatu yang tidak ada permulaan. Sebagaimana firman ALLAH S.W.T:
                “Katakanlah (Hai Muhammad): Tidaklah aku bid’an (yang terawal) dari rasul-rasul”
                                                                                                                                                -Surah Al-Ahqaf ayat 9

Begitu juga perkataan bid’ah diambil dari sifat ALLAH S.W.T. :
                                                “(ALLAH)(badi’u) yang mencipta bumi dan langit”
-Surah AL-Baqarah ayat 117

Ertinya ALLAH S.W.T. telah mengadakan (mencipta) bumi dan langit yang tidak wujud sebelum penciptanya.
Dalam kata lain, maksud bid’ah dalam bahasa  ialah sesuatu yang baru yang tidak ada contohnya dari masa lepas atau amalan yang tidak dilakukan oleh RAsulullah SAW.

Maksud bid’ah mengikut syarak
Bid’ah dari segi syarak ialah satu perkara yang direkai dalam agama yang seakan-akan menyamai atau menyerupai hokum syarak yang bertujuan untuk pengabdian(menghampirkan diri) kepada ALLAH tetapi tanpa mempunyai sebarang dalil syarak yang sahih terhadap sesahihan perbuatan tersebut sama ada dari segi asal ataupun keterangan (istinbat) syarak dari dalil-dalil tersebut.

Bid’ah juga terdiri kepada dua. Iaitu bid’ah yang baik(bid’ah hasanah). Manakala lagi satu adalah bid’ah yang tidak baik(bid’ah dholalah).

Berbalik kepada tajuk kita... ADAKAH MEMBACA YASIN PADA MALAM JUMAAT ADALAH BID’AH??

Amalan membaca yassin  pada malam jumaat sudah menjadi rutin atau sudah sebati dalam masyarakat MELAYU  kita...apabila ary khamis malam jumaat ja mesti orang sudruh baca yassin  atau beramai-ramai pergi ke masjid atau surau untuk membaca yassin . tapi persoalan yang telah timbul disini adalah ... ADAKAH RASULULLAH S.A.W. MENYURUH ATAU MEMBACA YASSIN PADA MALAM JUMAAT atau PADA ARY JUMAAT???



Kalau nak diikutkan ,membaca yassin  pada malam jumaat bukanlah sunnah Rasulullah S.A.W. .. baca yassin  khusus pada malam jumaat tidak dibuat Nabi Muhammad S.A.W. ..tapi adalah sunat membaca surah al-kahfi  pada malam jumaat kerana itu yang dilakukan oleh Nabi kita MUHAMMAD S.A.W...

Daripada Umar beliau berkata , Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda :
“Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dia jumaat.”(HR Ibnu Katsir)

Dari tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3:243
Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Maukah aku tunjukkan padamu suatu surat yang diikuti oleh seribu malaikat ketika diturunkan, dan keagungannya memenuhi antara langi dan bumi?” Sahabat menjawab : “mau” . Rasulullah S.A.W bersabda : “Surat Ashhabul Kahfi. Barangsiapa yang membacanya pada malam hari jumaat, ALLAH akan mengampunkan dosanya sampai jumaat berikutnya dan ditambah tiga hari,diberi cahaya yang mencapai ke langit, dan akan terjaga dari fitnah Dajjal.”

 kat sini saya tak mengatakan membaca yassin  pada malam jumaat tu bid’ah.. satg da plak yang kata...”kata kita umat islam disuruh untuk membaca ayat-ayat Al-Quran...tapi bila nak baca pada malam jumaat tak boleh pula??kata bid’ah la..apeni??”haha .... yassin  adalah sebahagian atau antara surah daripada Al-Quran .. tak salah nak membaca pada malam jumaat .. lagi bagus ada laa.. at least kita da juga membaca ayat Al-Quran daripada tak da langsung..jangan berhenti dari terus membaca surah yassin..kalau kita baca yassin pada malam jumaat,kita hanya peroleh pahala membaca...cuma kalau nak pahala sunnah n bacaan,alangkah baiknya kalau kita membaca suruh al-kahfi pada malam jumaat... insyaALLAH.. wallahu a'lam..




Saya xleh nk kta baca yassin  pada malam jumaat 2 bid’ah...itu kna ty org yg berilmu lam hal ni laa...sbb sya publish tajuk ni bab nak tunjuk kt org ramai yg membaca entry saya ni, bahawa , membaca yassin  pada malam jumaat 2 bukanlah sunnah Nabi MUHAMMAD S.A.W..



*Tapi pa2 pon...teruskan membaca ayat-ayat Al-Quran .. bab Al-Quran ni , tiada hari2 yang ditetapkan untuk membacanya...hehe...