Wednesday, 28 August 2013

Syaitan yang jahat atau kita yang jahat??





SYAITAN ni kalau nak diikutkan .. “tak” la “jahat” .. kalau nak diikutkan, manusia ni lagi jahat dari syaitan (jgn slah phm ngn pa yg aQ mksodkan ni...bca smpai abis dlu...hehe) ... sebab apa aku cakap macamtu ..?? kita tengok maksod dari surah IBRAHIM 14:22 :-

“Dan berkatalah Syaitan takala perkara (hisab) telah diselesaikan :
“Seseungguhnya ALLAH telah menjanjikan kepadamu janji yang benar , dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya .. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, akan tetapi cercalah dirimu sendiri.. aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamu pun sekali-kali tidak dapat menolongku.. sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan ALLAH) sejak dahulu” sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat seksaan yang pedih”



Dalam surah ni , kita dapat lihat sendiri bahawa syaitan sendiri tak mempersekutukan ALLAH dan tidak membernarkan kita(manusia) menduakan ALLAH ... syaitan hanya akan menghasut kita(manusia) untuk membuat kemungkaran dan menyesatkan kita ... tapi ingat, kita adalah sebaik-baik ciptaan-NYA .. dikurniakan akal untuk berfikir dengan lima pancaindera , tapi masih lagi ikut kata syaitan .. kenapa??sebab iman dan akidah kita belum mantap ..   syaitan ni Cuma  taknak sujud pada Nabi ADAM  kerana keangkuhan syaitan apabila disuruh oleh ALLAH untuk sujud pada ADAM .. disebabkan ingkar .. syaitan dicampakkan kedunia .. cuba kita lihat kembali , siapa yang jahat atau lebih hina .. syaitan yang hanya cuba menyesat dan menghasut manusia untuk membuat kemungkaran atau manusia yang mempersekutukan ALLAH??

“Allah s.w.t berfirman;Apakah yang menghalangi engkau (sehingga)kamu tidak bersujud (kepada Adam) ketika Aku menyuruhmu?”(iblis) menjawab”Aku lebih baik daripada dia.Engkau ciptakan aku daripada api dan sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah“(surah al-A’raf:ayat 12)

“(Iblis) menjawab, Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku selalu menghalangi mereka daripada jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur”(Surah al-A’raf: ayat 16-17)

*Renung-renungkan dan selamat beramalan ... dan minta maaf kalau apa yang ditulis ni da yang xbetul.. tegur2 la noh..hehe...