Thursday, 24 April 2014

sIngLe .. CouPle ?? seTiaP WanitA suDaH dicaBUli ...


Errrmmm...semua orang/remaja sekarang menginginkan sangat untuk berpasangan atau budak-budak sekarang panggil “couple”..(mgada2 btoi nk ckp omputih gak bdk skunk ni..org dlu2 pngil “kawan” ja )hehe...memang la “couple” ni best...sebab da someone yang boleh jaga kita...boleh dengar keluh kesah kita...nak layan manja kita...n macam-macam lagi laa...n kadang2 melebihi suami isteri pula...hehe

Ada yang mengeluh sebab semua kawan-kawan dia dah mempunyai pasangan...tapi dia sorang ja tak ada...( jealous la 2)hahah...penah tak orang yang tak penah “couple” ni fikir, kenapa dia tak penah boleh “couple” macam kawan-kawan dia yang lain ? yang boleh tukar pasangan macam tukar baju...penah tak terfikir??

Sebenarnya, kita tak dapat ber”couple” macam kawan2 kita yang lain bukan apa...bab ALLAH sayangkan kita .. ALLAH nak lindung kita dari berbuat perkara-perkara yang dilarangNYA...DIA tak nak dedahkan kita kepada kemungkaran n kemaksiatan...lihat betapa beruntungnya orang yang tak ber”couple” ni...betapa sayangnya ALLAH kat kita...
Banyak juga orang yang “couple” ni bila ditegur mengatakan bila “couple” ni...kamu kan terdedah kepada ZINA .. tapi mereka menidakkannya ...(bkan kta yg x couple ni xtededah ok..tededah gak, cma TAK terlalu terdedah) haha...ingat, ZINA ni bukan la hanya bermaksud melakukan persetubuhan sahaja...itu diketogorikan dalam ZINA besar... tapi tahukah kita mengenai ZINA KECIL?? Apa tu ZINA KECIL??

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. ,Nabi MUHAMMAD S.A.W bersabda :

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukan zina. Dua mata , zinanya memandang . Dua telinga , zinanya mendengar . Lidah , zinanya berkata(cakap) . tangan , zinanya memegang . Kaki , zinanya melangkah . Hati , zinanya ingin , rindu dan membayangkan , sedangkan faraj(kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”

Sudah jelas dalam hadis ini menyatakan bahawa semua orang adalah tidak mustahil untuk melakukan ZINA ... ZINA2 kecil ni la yang akan “lead” kita terutama yang “couple” ni untuk melakukan ZINA besar..yakni persetubuhan/seks....



Perempuan sekarang kebanyakkan “telah dicabuli” oleh ‘mata-mata’ seorang yang bernama lelaki ... oleh sebab tidak mengambil berat mengenai AURAT .. adakah begitu MURAHnya maruah anda yang dipangil WANITA/PEREMPUAN ?? yang xda maruah tu BETINA , bkn perempuan ..hehe.. (trasa??kena kt ang..huhu..maaf klu trasa)

Melalui mata ni la yg akan memulakan segalanya ... wahai perempuan.. anda itu INDAH..anda itu CANTIK..anda itu COMEL...jaga la aurat..jaga la maruah anda terutama sekiranya anda sedang “couple”.. jangan BURUK dan CEMARKAN keindahan,kecantikan anda dengan penzina2 kecil ini ...


maksud ayat diatas :-

“dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat(yang membawa kerosakan)”

“couple” tu tak salah selagi kita menjaga batas2 pergaulan yang telah ditetapkan oleh syarak..sekiranya takut terjerumus ke lembah ZINA .. baik jangan nak ber”couple” ...biaQ “single” sehingga sampai jodoh .. berkenan terus kahwin... Assalamu’alaikum..