Sempena 27 Rejab yang bakal tiba iaitu peristiwa yang paling agung dalam
sejarah ISLAM iaitu peristiwa Israk dan Mikraj Nabi junjungan kita,Nabi
Muhammad S.A.W ,aku nak kongsi sikit la dari pa yang aku penah dengar dan aku
baca lam internet...huhu...
Firman Allah SWT ,
Maksudnya : “ Maha Suci ALLAH Yang telah menjalankan
hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram(di Makkh) ke Masjid
Al-Aqsa(di Palestin),Yang Kami berkati sekelilingnya,untuk memperlihatkan
kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami.Sesungguhnya Allah jualah
Yang Maka Mendengar, lagi Maha mengetahui .”
Bila berbicara mengenai Israk dan Mikraj, ‘automatically’ kita akan
berfikir berkaitan dengan haiwan tunggangan Nabi Muhammad SAW krtika di
Israk,iaitu Burak..dan juga berkaitan perjalanan Nabi yang jauh tapi mengambil
masa yang singkat iaitu dalam satu malam sahaja...
→Israk = perjalan
Nabi Muhammad SAW menaiki binatang Burak dari Masjidik Haram di Mekah ke
Masjidil Aqsa di baitulmaqdis,Palestin.
→ Mikraj =
perjalan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yang ketujuh
Peristiwa Israk(Perjalan dari Masjidil Haram kr Masjidil
Aqsa)
Sepanjang perjalanan(Israk) itu,Rasulullah SAW diiringi(ditemani)oleh
malaikat Jibril dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu(tempat-tempat yang
mulai dan bersejarah),Rasulullah telah diarah oleh -Jibril supaya berhenti dan
bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :
·
Negeri Thaibah(Madinah),tempat di mana
Rasulullah akan melakukan Hijrah
·
Bukit Tursina,iaitu tempat Nabi Musa A.S
menerima wahyu daripada ALLAH
·
Baitul-Laham(tempat Nabi Isa A.S dilahirkan)
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah SAW meghadapi
gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa
simbolik yang amat ajaib. Antaranya adalah seperti :
Ø
Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai
hasil meraka.apabila dituai,hasil(buah) yang baru keluar semula seolah-olah
belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh
Jibril:Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala
kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
Ø
Tempat yang berbau harum
ü
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibril:Itulah
bau kubur Masyitah(tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan
anak-anaknya(termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman
ibunya)yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada ALLAH(tak
mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan)
Ø
Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala
mereka.
ü
Setiap kali dipecahkan kepala mereka,sembuh
kembali,lalu dipecahkan lagi. Demikian dilakukan berkali-kali.Jibril
memberitahu Rasulullah:Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk
sujud)sembahyang)
Ø
Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan
mereka(qubul dan dubur) dengan secebis kain.Mereka dihalau seperti binatang
ternakan.Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.
ü
Kata Jibril:Itulah orang-orang yang tidak
mengeluarkan zakat harta mereka.
Ø
Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan
daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada disisi mereka.
ü
Kata Jibril: Itulah lelaki dan perempuan yang
melakukan zina sedangkan lelaku dan perempuan itu masing-masing mempunyai
isteri/suami.
Ø
Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan
dilontarkan batu.
ü
Kata Jibril:Itulah orang yang makan riba.
Ø
Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia
tak terdaya memukulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain.
ü
Kata Jibril:Itulah orang tak dapat menunaikan
amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
Ø
Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan
bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali.Setiap kali digunting, lidah
dan bibir mereka kembali seperti biasa.
ü
Kata Jibril:Itulah orang yang membuat fitnah
dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
Ø
Kaum yang mencakat muka dan dada mereka dengan
kuku tembaga mereka.
ü
Kata Jibril:Itulah orang yang memakan daging
manusia(mengumpat) dan menjatuhkan maruah(mencela,menghinakan) orang.
Ø
Seekor lembu jantan yang besar keluar dari
lubang yang sempit.Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.
ü
Kata Jibril:Itulah orang yang bercakap
besar(Takabur).Kemudian menyesal, tapi sedah terlambat.
Ø
Seorang perempuan dengan dulang yang penuh
dengan pelbagai perhiasan.Rasulullah tidak memperdulikannya.
ü
Kata Jibril:Itulah dunia. Jika Rasulullah member
perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada
akhirat.
Ø
Seorang perempuan tua duduk ditengah jalan dan
menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya.
ü
Kata Jibril:Itulah orang yang mensia-siakan
umurnya sampai ketua.
Ø
Seorang perempuan bongkak tida menahan
Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.
ü
Kata Jibril:Itulah gambaran umur dunia yang
sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setelah Rasulullah SAW tiba di Masjidil Al-Aqsa, Rasulullah turun
daripada Burak. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua
rakaat dengan segala para anbia dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bejaan yang
berisis arak dan susu. Rasulullah SAW memilih susu lalu diminumnya. Kata
Jibril:Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai
umat baginda akan menjadi sesat.
Peristiwa Mikraj(Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T)
Didatangkan Mikraj(tangga) yang indah dari
syurga. Rasulullah SAW dan Jibril naik ke atas tangga pertama lalu terangkat kr
pintu langit dunia(pintu Hafzhah)
v Dilangit Pertama:
Rasulullah SAW dan Jibril masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam
AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan
melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk.
Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan
v Dilang Kedua: Nabi Muhammad SAW dan Jibril naik tangga langit ke dia, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.
v Di langit ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf AS
v Di langir Keempat: naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris AS
v Di langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil
v Di langit keenam: naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala(disuruh oleh Jibril) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab
v Di langit Ketujuh: Naik langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW, Nabi Ibrahim AS berasbda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada mala mini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu daif, maka berdoalah untuk umatmu.
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda,”Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH,WAL-HAMDULILLAH,WALA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL-‘ALIYYIL-‘AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”.
setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibril masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang(Baitul-Makmur ini betul-betul diatas Baitullah di Mekah).
v Di tangga Kelapan: Di sinilah disebut “Al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tek terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
v Di tangga Kesembilan: Di sisni berbertulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW masuk ke dalam Nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam Nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah dengan berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tida memaki ibu bapanya.
v Di tangga Kesepuluh: baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabul-Arbab lalu dapat meyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudia berlakulah dialog antara Allah dan Nabi Muhammad SAW,Rasul-Nya:
Allah SWT: Ya Muhammad
Rasulullah:
Labbaika.
Allah
SWT: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah. Kami perkenankan.
Rasulullah:
Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia
kerajaan yang besar, Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud
kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi . Engkau kurniakan kerajaan
kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan
Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat
dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan
menghidupkan orang mati. Engkau lindungi, dia dan ibunya daripada syaitan.
ALLAH SWT : Aku ambilmu sebaga kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah Al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh(waktu) sembahyang.
ALLAH SWT : Aku ambilmu sebaga kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah Al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh(waktu) sembahyang.
Selesai munajat Rasulullah SAW di bawa
menemui Nabi Ibrahim AS. Kemudian Nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh
Rasulullah SAW merayu kepada ALLAH SWT agar diberi keringanan, mengurangkan
jumlah waktu sembahyang itu. Selepas Sembilan kali merayu,(setiap kali dikurangkan
lima waktu), akhirnya ALLAH perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari
semalam dengan mengekalkan nilaunya sebanyak 50 waktu juga.
Setelah Israk dan Mikraj
Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul_Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini, baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi(bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu.
Peristiwa Israk dan Mikraj ini pada pandangan orang tidak beriman atau mereka yang nipis imannya, mereka menyatakan bahawa periatiwa ini tidak mungkin akan berlaku ataupun mereka berbelah bahagi samada mahu percaya atau sebaliknya. Tetapi bagi orang-orang yang benar-benar beriman kepada ALLAH dan Rasul-Nya, maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.
Setelah baginda SAW menceritakan apa yang telah terjadi kepadanya pada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda SAW. Fitnah terhadap baginda SAW bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakal bagi mereka yang begitu membenarkan baginda SAW, maka iman mereka tetao utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi Muhammas SAW lalu beliau dengan tegas menyatakan :
“Benar!!Aku menyaksikan bahawa, engaku merupakan Rasulullah. Jika baginda SAW mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh dari itu, maka aku tetap beriman kepadanya”. Inilah ketegasan dan keyaknan yang tidak berbelah bagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai ALLAH dan Rasul-Nya sehingga beliau digelar As-Siddiq( pembenar).
Selain daripada hanya mengingati kembali peristiwa ini, adalah lebih baik kita mengambil iktibar atau pengajaran untuk diikuti, supaya kita terhindar dan dapat menjauhkan kita dari perkara yang kita xingin..marilah kita bersama-sama menginsafi diri agar peristiwa-peristiwa yang xberapa “enak” terjadi kepada kita nanti...
*SUBHANALLAH,
WAL-HAMDULILLAH, WALA ILLAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA
QUWWATA ILLA BILLAHIL-‘ALIYYIL-‘AZIM