Sunday, 19 May 2013

aIr bOleH “meNdEngAr” , “mEmbaCa” , dAn “meMahAmI” dOa Dan kATa-KatA



Air?? Ermmm...bila bercakap pasal air , semua orang tahu yang air amat diperlukan oleh manusia .. kita tahu 70% daripada tubuh kita adalah terdiri daripada air ..  dan jika manusia tak minum air selama seminggu , manusia boleh mengelami kegagalan serius organ dalaman dan menyebabkan kematian ... tapi , penahkah kita terfikir rahsia keindahan dan kelebihan AIR??

Kajian daripada Dr. Masaru Emoto dari University Yokohama , Jepun telah mengkaji rahsia keindahan bentuk Kristal molekul air .. hasil daripada kajian beliau mendapati apabila air didedahkan kepada kata-kata atau pesanan yang positif , seperti kajian yang pertama dilakukannya dengan menyebut arigato(“terima kasih” dalam bahasa jepun) dan menulis perkataan arigato diatas sekeping kertas dan dihadapkan kepada air ,hasilnya air  membentuk molekul Kristal yang indah ..


Dr. Masaru juga mendedahkan air kepada bacaan doa mengikut ISLAM .. dan hasilnya Kristal molekul air  menjadi Kristal segi enam lima cabang daun berkilau yang indah .. apabila dikaji dengan air zam zam , didapati ianya terdiri daripada molekul Kristal bercabang dan berkilau juga ..



Eksperimen yang dijalankan juga dilakukan dengan mendedahkan air kepada unsur-unsur negative , seperti music heavy metal dan perkataan seperti syaitan ... didapati Kristal molekul air tak mempunyai bentuk dan kelihatan hancur dan buruk ..


*ternyata , air boleh “mendengar” , “membaca” , dan “memahami” doa dan kata-kata ..

Saturday, 11 May 2013

ALLAH sentiasa ada dengan kita walaupun kita selalau melupakan DIA




Kita selalu mengimpikan Kehidupan yang indah dan sempurna .. tapi kehidupan yang kita inginkan itu bukan selalu kan jadi milik kita .. kadang2 kebahagiaan tu Cuma singgah sekejap saja dan ditarik balik ..bukan atas sebab apa ... ini semua sebagai peringatan daripada-NYA kepada diri kita yang asyik , leka dan seronok sengat dengan “harta” yang DIA pinjamkan kepada kita ..

Kebahagian yang DIA bagi kat kita bukan la hanya dari segi wang ringgit , kebendaan atau sebagainya yang boleh dinampak oleh mata kasar .. kadang2 DIA bagi kita “kaya” dengan cara yang halus atau dengan cara yang kita xboleh Nampak..contoh  kasih sayang ..tak semua orang yang kaya mempunyai kasih sayang yang cukup..kita boleh tengok ada orang yang kaya anak2 meraka terabai .. anak2 mereka terdedah dengan benda2 yang xbetul .. tapi kita ??kita terhindar dari semua 2..

Orang yang susah selalu merungut membandingkan diri mereka dengan orang yang dapat lebih dari mereka dengan menyalahkan ALLAH .. eerrrmmm... haha..  aku xnak la sentuh bab agama .. bab aku bukan la pandai sangat  .. orang yang macam ni ,  dia xpenah reti nk bersyukur kenikmatan2 yang ALLAH dah bagi kat dia ... nikmat apabila kita bagun dan terus bernafas .. nikmat penglihatan .. nikmat mempunyai anggota badan yang sempurna dan sebagainya ..

hal2 sebegini tidak pernah kita nak amek tahu .. perkara yang kita anggap remeh .. bayangkan sekiranya DIA ambil balik nikmat penglihatan dari kita?? .. baru la kita mula  nak bersyukur .. DIA selalu memberi peluang kat kita walaupun kita selalu menidakkan perkara yang DIA buat kat kita .. selalu melupakan DIA .. selalu mengabaikan DIA .. tapi sampai sekarang dia still bagi nikmat kat kita .. xcukup bersyukur ka kita dengan segala ini ??

ngat la , ALLAH menurunkan sesuatu ujian atau dugaan kat kita adalah kerana DIA rindu dengan kita .. rindu nak dengar rintihan kita .. rindu nak dengar kita sebut nama DIA .. rindu nak dengar kita minta pertolongan dari-Nya .. ALLAH nak kita ingat DIA sebab DIA rindukan kita juga ..

*ALLAH sentiasa ada dengan kita walaupun kita selalau melupakan DIA ... ;p