Dalam hidup khta sebagai manusia, tak pernah jauh dengan JANJI... macam2 kita
berJANJI... sampai kadang2 kita sendiri lupa apa yang kita JANJI dengan orang 2..berJANJI tak salah..kita boleh berJANJI kepada berjuta2 orang, malah berbilion2 orang.. tapi tanya
pada diri... apakah kita boleh nak “fulfill” semua JANJI yang kita LEMPARkan?? Ingat ka
kita dengan JANJI2 yang kita buat??
JANJI bukan hanya cakap hari ini,esok dah tak wajib ditunaikan...JANJI ni
selagi kita hidup , kita kena tunaikan. Kecuali memang kita dah usaha tapi tak dapat nak tunaikan
juga..itu lain kira laa...huhu... tapi kepada yang MUSLIM , JANJI dalah WAJIB untuk kita
tunaikan ...Firman ALLAH S.W.T yg bermaksud : Wahai mereka yang beriman!
Sempurnakan janji-janjimu. (Surah al-Maidah, ayat 1) dan Sabda Rasulullah S.A.W
yg bermaksud : Tiga perkara sesiapa yang berada dalam dirinya, maka dia
munafik, walaupun dia berpuasa, sembahyang dan mengaku dirinya Muslim. Apabila
bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri janjinya dan apabila
dipercayai dia khianati. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) ..
dekat sini juga, aQ nak terang sikit la mengenai penggunaan “InsyaALLAH” dalam
kehidupan kita terutama dalam bab JANJI ni ... masyarakat MELAYU kita selalu
menyalahgunakan perkataan “InsyaALLAH”
ni... aQ pon tak terkecuali laa..bukan salah guna camna,tapi mugkin tak taw maksud sebenar ..
masyarakat melayu kita beranggapan yang perkataan “InsyaALLAH” ni , bermaksud “tengok
la dulu macamana” , “aQ tak taw lagi la”, “aQ 50-50 la” ...padahal, maksud “InsyaALLAH” adalah ‘dengan izin ALLAH; atau dalam kata lain, perkataan InsyaALLAH bererti jika
ALLAH mengkehendaki atau jika ALLAH mengizinkan. Lafaz InsyaALLAH bererti
menyerahkan dri kta kpda ALLAH dgn hasil akhir setelah sgala usha yg tlah kta
buat, kerana sekeras mnapun usha yg kta dh buat, pengakhiran/pokok pangkalnya
adalah bergantung apakah ALLAH mengkehendaki atau tidak ...
So, JANJI ni tak salah selagi kita boleh tunaikannya... cuma kalau rasa tak boleh nak
tunaikan, adalah lebih baik kalau kita berterus terang saja... cakap straight forward yang kita tak boleh..
kan senang.. dosa pon tak dapat free2...hehehe.. kalau ada salah dan silap terutama dalam bab
berkaitan agama yang aQ sikit2 tu, maaf la noh.. aQ bukan arif sangat..huhu...
Promise not just a word , but it a responsibility .. ;p